22.1.14

StayReward "Lu Terkena Beb!"

Author : Nabila Medan Time : 1/22/2014 06:30:00 PM Total Comment : 11 Label :

Assalamualaikum dan selamat petang
Sementara menunggu drama Ariana Rose mula, saja nak menaip. Hok alohh. Haha. Kelmarin nab buka facebook dan ternampak beberapa orang rakan facebook nab kongsi mengenai StayReward ni. Haishh. Daftar dapat 25USD? Nab pun tetiba pergi daftar, semangat dah. Hahaha. Setiap satu task yang selesai dapat 10USD. Masa tu, tak fikir apalah kan. Teringin nak cuba, kononnya. Mana tahu boleh dapatkan? Tak ke kaya? Hahaha. Bila dah cukup 200USD dekat acc stayreward tu, ada pulak orang bagitahu, takboleh nak cash out pun sebenarnya benda ni, bila dah cukup 300USD, kononnya boleh cash out, tapi tapi tak boleh. Seorang rakan CikNab share, katanya dia punya dah cukup 300USD untuk cash out, bila nak cash out, banyak songeh pulak web ni, mintak buat survey, kena caj RM5 pulak tu. Bila dia dah jawab survey tu, still takdapat cash out. Haihh, tetiba dah rasa macam pelik jugaklah. CikNab punya takdapat lagi nak cash out masa tu, sebab taksampai sehari lagi pun daftar benda hok aloh tu.

CikNab tergerak hati nak pergi web tu, godek punya godek.. tetiba diri tertanya sendiri.. "Kenapa dia takada letak email ke atau no phone company dia eh?" Lepas tu, yang CikNab perasan.. Total orang yang online dekat web tu sama je.. Taknaik, tak turun.. Dari CikNab start daftar, sampai dah refresh banyak kali, CikNab nampak "143 online". Aneh ni... terus log out benda tu.. Nampak sangat dah tipunya. CikNab terus delete semua status CikNab share pasal stayreward ni dari facebook CikNab, dengan harapan takada orang yang daftar lagi benda ni.

Macam-macam dah sekarang ni, CikNab taktahu la web tu betul ke tak ke, kalau korang rasa betul, teruskanlah.. Kalau agak-agak boleh cash out nanti jangan lupa inform CikNab. CikNab nak jugak! Wakakaka.

11 comments

Wednesday, January 22, 2014 6:41:00 PM Delete! [Reply Comment]

nuffnang jelah yang terbaik hehe

Wednesday, January 22, 2014 7:12:00 PM Delete! [Reply Comment]

Nasib baik memang tak berminat nak join pun benda alah tu.

Zaman sekarang kena hati-hati sikit. Thanks for sharing. ^^

Wednesday, January 22, 2014 7:40:00 PM Delete! [Reply Comment]

hhAHAHA.. nasiblah akak tak tahu menahu ttg benda alah ni

Wednesday, January 22, 2014 7:50:00 PM Delete! [Reply Comment]

Dua kali lime theweeklypay je :33

Wednesday, January 22, 2014 8:26:00 PM Delete! [Reply Comment]

yeke??.. Orang dah daftar dah

Wednesday, January 22, 2014 8:45:00 PM Delete! [Reply Comment]

nmpak sgt scam ....ada register jgk tapi skg mmg dah x percaya da.. hehe

Monday, January 27, 2014 8:54:00 AM Delete! [Reply Comment]

Join yg benda confirm bg pendapatan mcm nuffnang, 8share dgn churpchurp

Anonymous
Monday, January 27, 2014 8:58:00 AM Delete! [Reply Comment]

ye ke scammed?ad survey yg xpyh nk send nombor,awat xamek? :O

Anonymous
Thursday, February 13, 2014 10:42:00 PM Delete! [Reply Comment]

Betul3.. ni scam..huhuh..kite punye smpai 500 lebih dollar.. tgk part yg org online same je 143...x ubah2.. hahaha..

Anonymous
Thursday, February 20, 2014 9:44:00 AM Delete! [Reply Comment]

Nuffang tu nk buat income cemana

Anonymous
Thursday, February 20, 2014 9:45:00 AM Delete! [Reply Comment]

Nk buat income dgn nuffang tu cemana

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...