21.1.14

Anniversary Ke-3 (Mencari Sponsor For My New Giveaway)

Author : Nabila Medan Time : 1/21/2014 08:00:00 PM Total Comment : 3 Label :

Happy birthday, to you
Happy birthday, to you
Happy birthday,
Happy birthday,
Happy birthday, to you

Assalamualaikum. Hello guyss
15 Januari 2014, genaplah 3 tahun blog kecintaan CikNab ni. Serius, memang terlupa gila dengan tarikh ni. Hari ni baru terlintas dekat fikiran. Maafkan CikNab ya wahai blog, bukan sengaja. CikNab ni dah tua agaknya, sekarang banyak benda yang CikNab lupa. Hohoho

Pertama sekali, CikNab nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada semua yang menyokong CikNab dan blog CikNab ni, sama ada followers, readers, stalkers atau sesiapa punlah yang pernah singgah dekat blog ni. Thanks a lot my dear! Macam ucapan menang award je kan? Poyo je lebih. Hahaha

Malu gila kot rasanya. Taktahu kenapa, tapi "tiba-tiba". Hahaha. Okay, CikNab ada berita gembira. CikNab dah ambil keputusan untuk buat satu Giveaway! Giveaway pertama CikNab untuk tahun 2014 ni. Jadi disini, CikNab nak tanya.. Ehem-ehem, ada tak yang sudi sponsor for my giveaway? Malu-malu. Dari pihak CikNab, CikNab sendiri akan sponsor baju, gelang, rantai dan insya-Allah ada kasut. Jumlah tu, kena tunggu next entry lah ya. Jadi sesiapa yang berminat untuk sponsor, boleh email CikNab ke nabilamedan@yahoo.com. Sila berikan nama anda, hadiah yang anda nak sponsor, link facebook/instagram. CikNab nak limitkan syarat yang sponsor boleh letak adalah sebanyak 2 syarat sahaja. Kalau nak lebih, kena bincanglah.. Sebab nak tengok senang ke susah ke syarat tu kan.

Apa yang korang boleh sponsor?
Cash, baju, aksesori, kasut, teddybear, buku/novel, minyak wangi, produk kecantikan, tudung/shawl atau barangan lain (boleh cadangkan)

Apa kelebihan korang sebagai sponsor?
Insya-Allah followers blog or facebook likers korang akan bertambah. If korang berniaga, insya-Allah rezeki korang akan bertambah sebab korang kongsi dengan orang lain. Untuk blog, pageviews boleh meningkat sedikit. Semua link sponsor akan CikNab letak dekat sidebar sepanjang giveaway berlangsung. CikNab taknak janjikan apa-apa sebab CikNab takut juga kalau takdapat berikan yang terbaik tapi insya-Allah CikNab akan buat yang terbaik. Kalau boleh, sponsor dengan ikhlas

Berapa orang sponsor?
CikNab akan pilih berdasarkan siapa cepat dan yang mempunyai ciri-ciri sponsor yang CikNab nak. Taknak pisang berbuah dua kali. CikNab serik kena tipu dengan sponsor

Harap giveaway kali ni akan berlangsung dengan baik dan berjaya. Kalau takada yang nak sponsor, takpe! CikNab akan tetap buat, dan akan usahakan untuk bagi hadiah-hadiah menarik untuk korang. Insya-Allah giveaway akan mula pada 30 Januari 2014 dan akan tamat pada 10 Februari 2014 (kalau takada aral melintang)

3 comments

Tuesday, January 21, 2014 9:47:00 PM Delete! [Reply Comment]

sponsor topup boleh? ^^

Wednesday, January 22, 2014 1:15:00 AM Delete! [Reply Comment]

Salam saya nak sponsor 3 font korean for android dengan 1 theme blackberry (kalau yang pakai blackberry) macam mana boleh tak ?

Wednesday, January 22, 2014 11:19:00 AM Delete! [Reply Comment]

saya nak! pm dkt whatsapp..haha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...