31.12.13

Tempat Menarik Di Kuala Terengganu

Author : Nabila Medan Time : 12/31/2013 04:46:00 PM Total Comment : 1 Label :


Assalamualaikum

Anda ingin bercuti di Kuala Terengganu? Tapi tak tahu Tempat Menarik Di Kuala Terengganu? Teruskan membaca entri ini kerana ia mungkin dapat membantu anda mendapatkan info-info penting tentang tempat-tempat menarik yang ada di Kuala Terengganu. Sepanjang trip blooggers di Kuala Terengganu, kami dibawa melihat tempat-tempat yang menarik yang boleh dilawati oleh pihak Sumai Hotel Apartment. Pertama kali nab jejakkan kaki di Kuala Terengganu ni. Perasaan teruja dan ingin tahu tu semestinya ada.

Bukit Panorama
Bagi yang sukakan pemandangan yang indah dan udara yang nyaman, nab sarankan supaya anda lawati Bukit Panorama. Ya Allah, sangat cantik pemandangan dari atas Bukit Panorama ni. Rasa nak lapangkan fikiran tu, yang tension dengan kerja ke, boleh datang dekat sini. Bukit Panorama ini adalah salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu yang patut anda lawati! 

Muzium Terengganu
Selepas dibawa ke Bukit Panorama, kami dibawa pula ke Muzium Terengganu, satu lagi tempat menarik di Kuala Terengganu. Memang besar muzium ni, banyak info-info tentang sejarah Terengganu yang boleh dipelajari di Muzium Terengganu ini. Pihak sekolah dan guru-guru boleh buat lawatan sambil belajar dan bawa murid-murid datang melawat di Muzium Terengganu ni kerana banyak sejarah lama yang boleh diceritakan kepada generasi muda. Nab sendiri banyak belajar dan dengar sejarah-sejarah lama di dalam muzium ni. Ada sesetengah orang akan mengantuk kalau dengar pasal sejarah kan? Samalah macam nab, tapi dekat muzium ni insya-Allah anda tak akan berasa mengantuk kerana terdapat pameran menarik yang disediakan. Contohnya seperti keris, tembaga dan lain-lain lagi. Kalau nak tahu, kenalah lawati dan lihat sendiri! Semasa kedatangan kami di sana, kami berasa amat bertuah kerana pada hari tersebut, ada pertunjukan ular sempena cuti sekolah. Seram sejuk jugalah tengok pertunjukan tu. Haha. Mana tak seram sejuk kalau tengok abang-abang tu main dengan ular, ada yang masukkan dalam mulut, ada yang cium. Huihh



Taman Monumen
Taman Monumen di Taman Tamadun Islam ni terdapat replika masjid-masjid yang ada di serata dunia. Masuk dekat Taman Monumen ni dah rasa menjelajah satu dunia, sebab dapat lihat masjid-masjid yang dibina di negara-negara lain. Reka bentuknya sangat unik dan menarik. Anda boleh membawa anak-anak anda ke Taman Monumen ini kerana secara tidak langsung dapat memperkenalkan kepada mereka dengan masjid-masjid yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Di Taman Monumen anda diberi pilihan samaada ingin menyertai lawatan sambil belajar melalui perkhidmatan tram dan buggy, kemudahan basikal atau berjalan kaki. Hikhik. Berjalan kaki lebih seronok kerana dapat rasa seperti sedang menjelajah di seluruh negara gitu. Anda memang harus melawat Taman Monumen ini kerana ini adalah tempat menarik di Kuala Terengganu.


River Cruise
Selain Taman Monumen, di Taman Tamadun Islam juga ada menyediakan pakej bagi sesiapa yang hendak menaiki River Cruise. Memang seronok sebab dapat pusing-pusing dekat situ. Pemandangannya memang cantik, nampak pula Masjid Kristal, terpegun sekejap. Indah sungguh.


STR Batik
Satu lagi tempat menarik di Kuala Terengganu ialah STR Batik. Bagi yang pertama kali atau dah banyak kali bercuti di Kuala Terengganu ni, tak seronoklah kalau tak datang ke STR Batik ni. Kepada mereka yang teringin nak mencanting batik sendiri, korang boleh bincang dengan pengurus STR Batik ni. Selain dapat pengalaman mencanting batik, anda juga boleh beli barangan yang ada di STR Batik ni dan semestinya ada corak batikkan. Boleh dapatkan barangan batik yang asli. Nab sempat beli 2 helai seluar palazo corak batik, kain dia memang sangat lembut dan selesa dipakai. Coraknya juga sangat cantik dan unik, harga memang sangat berpatutan dan lebih murah berbanding tempat yang pernah nab tengok sebelum ni. Hehe

Kini terbukti bahawa Kuala Terengganu mempunyai banyak tempat menarik yang boleh kita lawati. Jika anda menginap di Sumai Hotel Apartment, dan ingin untuk melawati tempat-tempat menarik yang nab sebutkan diatas itu, pihak Sumai Hotel Apartment boleh uruskan untuk anda. Harga memang berpatutan, boleh bincang dengan pihak Sumai Hotel Apartment. Sebelum nab lupa, satu lagi tempat menarik di Kuala Terengganu yang boleh anda kunjungi ialah ICT Pulau Warisan . Jangan ingat di Kuala Terengganu ni tak ada ICT tau. Hehe. Nama pun ICT kan? Wajiblah datang pada waktu malam, kuat sangat angin dekat situ malam-malam. Kalau naik jambatan yang ada dekat situ, berdiri sambil angkat kedua tangan dapat jugak feeling macam cerita titanic gitu. Haha. Bagi yang nak harga promosi daripada Sumai Hotel Apartment, boleh lihat entri ini.

1 comment

Tuesday, December 31, 2013 5:01:00 PM Delete! [Reply Comment]

wah..bestnya..:)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...