31.12.13

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Author : Nabila Medan Time : 12/31/2013 10:53:00 PM Total Comment : 0 Label :

Assalamualaikum

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu. Masih ada dikalangan anda yang sedang atau masih tercari-cari Pakej Bilik Seminar Di Terengganu? Apa yang nab nak kongsikan malam ini adalah pakej seminar yang disediakan oleh pihak Sumai Hotel Apartment. Selain menghadiri seminar, anda juga boleh menghirup udara nyaman disini. Dapatlah bekerja dengan tenangkan? Hehe. Kalau kita sebut mengenai seminar atau kursus, pasti kita akan cuba cari tempat yang sesuai, selesa, aman dan lengkap segala keperluannya. Selain keadaan persekitaran, kelengkapan makanan turut disediakan. Di Sumai Hotel Apartment, pelbagai kemudahan dan keperluan yang disediakan bagi memenuhi keperluan pengunjung. Terdapat beberapa pakej seminar yang disediakan oleh pihak Sumai Hotel Apartment iaitu Pakej Korporat, Pakej Pelajar dan juga Pakej Seminar Kerajaan/Swasta. Pakej seminar yang disediakan oleh pihak Sumai Hotel Apartment terbahagi kepada dua iaitu Half Day Seminar dan Full Day Seminar. Nanti jangan lupa cadangkan dekat bos anda untuk buat seminar di Sumai Hotel Apartment ni. Suasana persekitaran dekat sini memang tenang dan damai. Hihi




HALF DAY SEMINAR
Non Residential
RM45 nett per person
(Min. 30 pax plus 2 meals)

Inclusive of ;
- 1 Unit meeting room
- 1 Tea / coffee break with 2 snacks
- 1 Set / buffet Lunch
- 1 Unit PA System with 2 microphones
- 1 Unit white screen
- 1 Unit of flipchart
- 1 Unit whiteboard
- Free Wi-Fi
- Writing material
- Mint and ice water


FULL DAY SEMINAR
Non Residential
RM60 nett per person
(Min. 30 pax plus 3 meals)

Inclusive of ;
- 1 Unit meeting room
- 2 Tea / coffee break with 2 snacks
- 1 Set / buffet Lunch
- 1 Unit PA System with 2 microphones
- 1 Unit white screen
- 1 Unit of flipchart
- 1 Unit whiteboard
- Free Wi-Fi
- Writing material
- Mint and ice water

Pakej Bilik Seminar tak lengkap rasanya kalau takada makanan yang sedap-sedapkan? Kalau anda nak tahu, di Sumai Hotel Apartment terdapat sebuah restoran iaitu Bintang Laut Restaurant. Bintang Laut Restaurant yang diketuai oleh Chef Amin yang mempunyai pengalaman dalam bidang masakan lebih dari 20 tahun. Nab sangat kagum bila mendengar apa yang diceritakan oleh Chef Amin ni. Kalau anda datang ke Kuala Terengganu, nab sarankan untuk anda cuba merasai sendiri makanan yang ada di Bintang Laut Restaurant ni. Memang sangat sedap! Sesuai makan bersama mereka yang tersayang. 


Menu yang paling popular atau yang wajib anda cuba kalau ke sini ialah Tempoyak Ikan Patin. Menu ini adalah menu yang mendapat sambutan dikalangan pengunjung disini tau. Sangat rugi kalau anda datang ke sini, tapi tak cuba rasa Tempoyak Ikan Patin ni. Kalau sekali rasa, pasti anda tidak akan lupa dan rasa nak lagi nak lagi. Hehe. Jadi, jangan lupa cuba Tempoyak Ikan Patin di Bintang Laut Restaurant tau. Suasana di Bintang Laut Restaurant ni sangat kemas dan teratur, staffnya juga sangat pemarah. Masuk je, sudah dilemparkan dengan senyuman manis oleh staff-staff disini.




Selain menu Tempoyak Ikan Patin, ada lagi menu-menu lain yang rasanya tak kurang hebatnya. Sampai sekarang nab takboleh lupa rasanya dekat lidah ni tau. Haha. Menu Western yang paling nab suka dekat Bintang Laut Restaurant ni ialah Grilled Roled Chicken with Mushroom Sauce dihidang dengan Garlic Mashed Potato and Glazzing Vegetable dan tak lupa dengan menu Cream of Black Mushroom Soup, rasanya memang betul-betul sedap. Ada rezeki nak bawa keluarga makan dekat sini. Insya-Allah sebab nak juga bagi keluarga merasa makanan sedap yang ada di Bintang Laut Restaurant ni. Selain Western Food, ada juga Makanan Cina yang disediakan. Senanglah bagi anda yang suka mencuba tu, tak perlu cari jauh-jauh, di Bintang Laut Restaurant macam-macam ada. Sedap-sedap belaka. Rugi sangat tak cuba.





Lagi satu menu menarik yang ada di Bintang Laut Restaurant ni ialah Ikan Bakar! Sekarang Bintang Laut Restaurant sedang mengadakan promosi Ikan Bakar. Memang sangat berpatutan. Boleh makan kenyang-kenyang. RM20 nett seorang untuk dewasa (minimum 30 orang dewasa) dan hanya RM10 nett seorang untuk kanak-kanak. Menarik bukan? Akan dihidang bersama ulam-ulaman, 2 jenis nasi, pencuci mulut, sup dan kordial. Anda tak perlu risau, Bintang Laut Restaurant ni dibuka untuk semua! Bukan mereka yang menginap di Sumai Hotel Apartment sahaja, malah anda yang tidak menginap di hotel itu juga boleh merasa keenakkan makanan yang ada di Bintang Laut Restaurant. Jadi apa tunggu lagi? Bawa keluarga, rakan, saudara-mara datang makan di Bintang Laut Restaurant tau!


Apa tunggu lagi? Takkan nak tengok gambar je kan? Hihi. Kalau nak cuba makanan di Bintang Laut Restaurant atau berminat dengan Pakej Bilik Seminar Di Terengganu yang disediakan oleh pihak Sumai Hotel Apartment. Anda boleh hubungi Ms. Noor Zarimaniza Mohd di talian 014-5243941
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...