1.1.14

Hotel Murah Di Kuala Terengganu

Author : Nabila Medan Time : 1/01/2014 12:33:00 AM Total Comment : 17 Label :


Assalamualaikum

Hotel Murah Di Kuala Terengganu. Sumai Hotel Apartment, Alhamdulillah.. Trip yang mengambil masa selama 3 hari 2 malam sangat besar maknanya pada diri nab. Terdapat pelbagai kenangan indah yang nab rasai ketika berada disana. Sepanjang keberadaan kami disana, kami menginap di Sumai Hotel Apartment. Pengalaman yang sukar untuk dilupakan kerana sepanjang keberadaan nab dan 9 lagi ahli blooggers lain disana dilayan sangat baik dan mesra. Apa yang menariknya tentang Sumai Hotel Apartment ini ialah pemilik serta pekerjanya adalah 100% bumiputra. Staff yang bekerja di hotel ini juga sangat peramah.

Jika anda ingin bercuti di Kuala Terengganu dan masih tercari-cari penginapan yang murah dan berpatutan serta mempunyai pemandangan yang sangat cantik, nab boleh cadangkan supaya anda memilih Sumai Hotel Apartment kerana hotel ini merupakan Hotel Murah Di Kuala Terengganu. Bagi mereka yang gemarkan suasana percutian yang tenang, aman dan damai, hotel ini adalah tempat yang sesuai untuk anda kerana lokasi hotel ini sangat menarik kerana berdekatan dengan pantai, anda boleh melakukan aktiviti riadah bersama keluarga mahupun rakan dan sanak saudara. Sambil bercuti, kita dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga. Hihi

Apa yang menariknya di Sumai Hotel Apartment? Hotel ini menyediakan pakej-pakej menarik yang bersesuaian dengan pilihan pengunjung. Harga pakej yang ditawarkan semestinya mampu milik dan sangat murah sebab itulah nab boleh katakan bahawa hotel ini merupakan Hotel Murah Di Kuala Terengganu. Pakej bercuti bersama keluarga, saudara mara, atau rakan? Pakej berbulan madu? Semua itu terdapat di Sumai Hotel Apartment

Studio Room
Sarapan untuk 2 orang
(1 katil besar + 1 bilik air + ruang tamu + peti sejuk)
RM284.20 nett


Suite Room
Sarapan untuk 2 orang
(2 katil bujang + 1 bilik air + peti sejuk)
RM191.40 nett

Deluxe Apartment
Sarapan untuk 4 orang
(3 bilik *1 Queen size* + 2 bilik air + dapur kecil + ruang makan + ruang tamu + peti sejuk)
RM435 nett
 

Superior Apartment
Sarapan untuk 4 orang
(4 bilik *1 Queen size* + 2 bilik air + dapur kecil + ruang makan + ruang tamu + peti sejuk)
RM487.20 nett



Macam mana? Tergugat tak tengok gambar-gambar bilik/apartment di Sumai Hotel Apartment? Percaya tak hotel ni merupakan Hotel Murah Di Kuala Terengganu? Lihat harga, memang mampu milik. Boleh bawa keluarga, rakan, saudara-mara atau yang nak buat seminar boleh menginap ramai-ramai di Sumai Hotel Apartment kerana nab ada harga istimewa untuk pembaca blog nab. Kalau tengok harga yang dekat atas tu memang murahkan? Harga istimewa yang nab nak bagi ni super duper istimewa dan murah memang khas untuk pembaca blog nab!! Tak percaya?



Sesiapa yang nak dapatkan harga istimewa tersebut, jangan lupa untuk mention bahawa anda adalah daripada pembaca blog nabilamedan. Kalau tak mention, rugilah sebab takdapat harga istimewa tu. Hikhik. Akhir sekali, tawaran harga super duper istimewa ini berlangsung sehingga 28 Februari 2014 sahaja jadi jangan lepaskan peluang! Tempah sekarang. Memang berbaloi dan memuaskan. Nantikan entri selanjutnya tentang Sumai Hotel Apartment :)

Sumai Hotel Apartment
www.sumaihotel.com
1 Hotel, 1 Apartment likes Staying @ Home
"Everyone Can Stay"
Families . Groups . Business

17 comments

Monday, December 30, 2013 1:05:00 AM Delete! [Reply Comment]

Nice entry :)
Hotel sangat-2 bagus kalau nak bercuti bersama keluarga di Terengganu :D

Monday, December 30, 2013 1:21:00 AM Delete! [Reply Comment]

Menarik ni Nab

Monday, December 30, 2013 2:15:00 AM Delete! [Reply Comment]

waa.. mcm best je ..

Monday, December 30, 2013 6:44:00 AM Delete! [Reply Comment]

Boleh tahan :)

Monday, December 30, 2013 9:04:00 AM Delete! [Reply Comment]

muroh ke tu?insyaallah ada lagi yang lebih murah..hihihi..tp sebab hotel tu mmg 100% bumiputera, mmg patut la support..

Monday, December 30, 2013 12:42:00 PM Delete! [Reply Comment]

thanks for sharing! xD

Monday, December 30, 2013 4:06:00 PM Delete! [Reply Comment]

@SyamimiNazifa ur welcome :D

memang lovely sgt! kalau ado kenduri kendara sana boleh stay kt sumai. =)

Tuesday, December 31, 2013 5:23:00 PM Delete! [Reply Comment]

ok jugak regenya... cantik plak tu...

Tuesday, December 31, 2013 8:43:00 PM Delete! [Reply Comment]

BEst kan ? Adam dah pergi dah tahun lepas dengan kawan2 adam, ada kem Akademi PMR kat situ . waktu kuliah best, sejuk gile hehe

Wednesday, January 01, 2014 1:58:00 AM Delete! [Reply Comment]

wawawa..bestnya bercuti sakan hari tu..1st time nampak nabila :)
btw hpy nw year 2014 :)

Wednesday, January 01, 2014 1:59:00 AM Delete! [Reply Comment]

done inti :)

Thursday, January 02, 2014 1:22:00 AM Delete! [Reply Comment]

Jemput join Hello 2014 GA by Syan Punya Belog!
Hadiah menarik menanti para peserta, spt Cash, Maxi Dress, Blouses, t-shirt R4bia, perfume dll.

http://syanpunyabelog.blogspot.com/2014/01/hello-2014-giveaway-by-syan-punya-belog.html

Thursday, January 02, 2014 12:41:00 PM Delete! [Reply Comment]

Murahnya. Tak berpeluang pergi lagi. =)

ZH Blogger

Monday, February 10, 2014 1:48:00 AM Delete! [Reply Comment]

thanks for sharing nabila :)

Tuesday, May 13, 2014 10:27:00 AM Delete! [Reply Comment]

Saya baru je menginap di sumai hotel apartment ( check in 11/5/2014, check out 12/5/2014. Apartment mmg besar. Tapi sebab masa kami tinggal adalah off peak.. Kami je yg duduk kat Tingkat 5. Apmt kami no 507. Pada waktu malam mak mertua dan anak saudara terkena gangguan.... Dengar org berbafas kuat kat sebelah, macam org tidur kat sebelah kita.... Ada orf bukak pintu, berdiri dan tengok dia orang tidur..... Jadi, kalau sesiapa pergi sana, jangan ambil bilik no 507....

Tuesday, May 13, 2014 10:27:00 AM Delete! [Reply Comment]

Saya baru je menginap di sumai hotel apartment ( check in 11/5/2014, check out 12/5/2014. Apartment mmg besar. Tapi sebab masa kami tinggal adalah off peak.. Kami je yg duduk kat Tingkat 5. Apmt kami no 507. Pada waktu malam mak mertua dan anak saudara terkena gangguan.... Dengar org berbafas kuat kat sebelah, macam org tidur kat sebelah kita.... Ada orf bukak pintu, berdiri dan tengok dia orang tidur..... Jadi, kalau sesiapa pergi sana, jangan ambil bilik no 507....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...