27.12.13

Drama Ariana Rose Adaptasi Novel The Wedding Breaker

Author : Nabila Medan Time : 12/27/2013 04:13:00 PM Total Comment : 6 Label :



Drama Ariana Rose Adaptasi Novel The Wedding Breaker | Setelah Drama Playboy Itu Suami Aku telah tamat pada hari khamis lalu, kini Drama terbaru yang akan disiarkan di slot akasia tv3 diadaptasi daripada sebuah novel yang berjudul The Wedding Breaker. Drama Ariana Rose akan menemui penonton pada 30 Disember 2013. Drama yang disiarkan di televisyen sekarang kebanyakkannya diadaptasi daripada novel yang popular dan sudah dikenali. Jika sebelum ini Drama Love You Mr Arrogant telah menaikkan nama pelakonnya seperti Zara Zya dan Azlee Khairi, manakala Drama Playboy Itu Suami Aku juga dapat menaikkan lagi nama pelakon drama tersebut seperti Risteena Munim dan Fattah Amin. Kini mampukah Drama terbaru Ariana Rose ini melakukan perkara yang sama?

Pasti pembaca novel The Wedding Breaker sudah tidak sabar menunggu kemunculan drama terbaru ini. Drama terbaru ini akan menemui penonton bermula 30 Disember 2013 dan akan disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam dislot Akasia TV3. Barisan pelakon untuk drama terbaru ini ialah seperti Keith Foo (Tengku Kamil), Nur Fathia (Ariana Ros), Tasha Shila (Tengku Juwita), Hisyam Hamid (Harith), Nabila Huda (Liyana), Arja Lee (Ramzul), Syatilla Melzin (Sophie), Mustapha Kamal (Tan Sri Tengku Muhriz), Liza Abdullah (Puan Sri Lisdania), Datin Ziela Jalil (Datin Asra), dan Jalaludin Hassan (Datuk Wan Jusoh). Apa pandangan korang tentang barisan pelakon drama ini?

Nak tahu sama ada drama ini mantap atau tidak, seronok atau tidak, kenalah tontonnya dahulu. Jangan lupa saksikan drama terbaru Ariana Rose yang diadaptasi daripada novel The Wedding Breaker setiap hari isnin hingga khamis jam 7.00 malam dislot Akasia TV3.


6 comments

Friday, December 27, 2013 5:05:00 PM Delete! [Reply Comment]

nak share .

Friday, December 27, 2013 5:39:00 PM Delete! [Reply Comment]

Wah baru huhuhu thanks nabila!!! x

Friday, December 27, 2013 8:06:00 PM Delete! [Reply Comment]

mcm best je. nk tgk lah. tmbh lg fathia n tasha shila ade b'lakon. thanks for this info :))

Saturday, December 28, 2013 12:36:00 PM Delete! [Reply Comment]

uih, bes2..xsabau nk tgk..hehe..wlaupun exam juz in da corner..hehe..

Saturday, December 28, 2013 8:37:00 PM Delete! [Reply Comment]

lebih suka neelofa...kan ariana rose tu org kelantan...petite..
fathia pulak tinggi..besar...tak nampak comel

Wednesday, January 01, 2014 10:06:00 PM Delete! [Reply Comment]

Nabilaaa,i need your help. Hm on episode 1 masa adam dengan juwita nikah tu background music lagu apa? You tahu tak? Please reply okay :) Thanks :*

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...