25.9.13

Sinopsis Drama Love You Mr Arrogant

Author : Nabila Medan Time : 9/25/2013 05:52:00 PM Total Comment : 4 Label :



SINOPSIS LOVE YOU MR ARROGANT
Jodoh Zaara Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham-anak orang kaya yang bongkak amat.Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?-
Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara nak cekau duit sebanyak itu.
Zafriel mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham holding akan jatuh pada tangan sepupunya. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Zafriel. Irham lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry -gadis gedik tu.
Demi sebuah janji, Zaara redha.Namun,dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego yang tinggi Zafriel.
Tambah pula,sikap ibu mertuanya Puan Seri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu.
Puan Ser Maryam mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Zafriel. Keadaan bertambah parah bila Zaara dan Zafriel saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Zafriel biarkan tidak dilayan seperti isteri. Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu.

4 comments

Wednesday, September 25, 2013 5:57:00 PM Delete! [Reply Comment]

mcm best..:)

Wednesday, September 25, 2013 6:07:00 PM Delete! [Reply Comment]

malam nie start yer... tapi jalan cerita hampir sama jer dgn cinta jannah yer...

Wednesday, September 25, 2013 8:51:00 PM Delete! [Reply Comment]

best tak citer ni?

Friday, September 27, 2013 8:04:00 AM Delete! [Reply Comment]

starting macam bicara hati la.. sebb xcident kena kawin..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...