26.9.13

Beberapa Minggu Lagi... Oh Spm...

Author : Nabila Medan Time : 9/26/2013 09:23:00 PM Total Comment : 9 Label :

Assalamualaikum..
Fuhhhh! Baru nak menarik nafas lega kerana baru je lepas menduduki Peperiksaan Percubaan atau pun 'Trial SPM'. Tapi nafas lega tu tak berpanjangan sebab tarikh Peperiksaan Sebenar SPM beberapa minggu lagi. Apa yang perlu dilakukan ialah 'bekerja dengan lebih keras' . Cikgu ada pesan jugak, jangan terlalu fokuskan masa 100% untuk belajar kerana kita ni manusia biasa, pasti susah nak berikan tumpuan itu dan juga takut begitu tertekan sangat. Jadi kita kena seimbangkan masa belajar, masa rehat, rekreasi. Masa main game ada? Haha. Keputusan percubaan? Ada sedikit peningkatan daripada peperiksaan pertengahan tahun tapi masih banyak yang perlu diperbaiki. Lulus sebab sejarah lulus, tapi markah tu tak capai tahap maksimum lagi. Harap dapat terus fokus untuk mata pelajaran ni.

Ya Allah, sungguh tak sangka diri ini sudah berumur 17 tahun dan akan menduduki satu peperiksaan yang besar yang akan menentukan hidup kita kelak. Ya Allah, andai masa ini boleh diundur, ingin saja aku undurkan untuk ubah semula apa yang telah aku bazirkan pada masa lalu. Andai saja masa ini boleh berhenti, tentu sahaja aku mahu hentikan semua ini. Tapi apakan daya, masa tetap berjalan. Aku juga seorang manusia, remaja dan pernah menjalani zaman kanak-kanak. Tapi kini berbeza, masa depan ku akan ditentukan oleh diriku sendiri. Bukan keluarga, rakan mahupun sesiapa. Diri sendiri, diri sendiri yang akan ubah segalanya. Terlalu banyak aku habiskan masa ini dan lalai dalam pelajaran, tapi apabila aku 'jatuh', aku rasa malu dengan rakan-rakan ku sendiri. Rasa diri ingin menangis, kenapa aku begini, kenapa mereka boleh menjadi sebaik itu, kenapa aku tidak boleh jadi seperti itu. Menangis tidak akan selesaikan masalah aku, aku tahu. Sekarang aku lebih berani untuk bertanya andai menghadapi masalah dalam pelajaran. Alhamdulillah, rakan-rakan aku sangat memahami.

Doakan yang terbaik untuk aku, untuk semua yang akan menghadapi SPM 2013. Semoga kami dapat keputusan yang baik.. Amin..

9 comments

Thursday, September 26, 2013 9:30:00 PM Delete! [Reply Comment]

Mmg x lama dh tu.
Biasa time2 ni mmg xleh baca dh.
Fokus pd mnjawab soalan je.
Gud luck ok.

Thursday, September 26, 2013 9:39:00 PM Delete! [Reply Comment]

Good Luck Kak Nab

Thursday, September 26, 2013 11:07:00 PM Delete! [Reply Comment]

Good luck Nabila :)

Friday, September 27, 2013 10:23:00 AM Delete! [Reply Comment]

good luck.semoga dipermudahkan.

Friday, September 27, 2013 10:58:00 AM Delete! [Reply Comment]

good luck ya :D

Friday, September 27, 2013 3:36:00 PM Delete! [Reply Comment]

hah? baru 17 tahun???

mudanyaaaa..

apa2 pun.. good luck 4 ur exam yea

Friday, September 27, 2013 4:58:00 PM Delete! [Reply Comment]

Belajaq2, kurangkan dengan blog hehe :p LOL

Saturday, September 28, 2013 4:38:00 PM Delete! [Reply Comment]

gudluck nabila,umur nabila sama dgn adik akak yg no 3..hihihi...

Anonymous
Tuesday, November 19, 2013 5:07:00 PM Delete! [Reply Comment]

Dah spm dah pun

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...