6.7.13

Sinopsis Drama Terbaru "Kampung Girl" Slot Zehra TV3

Author : Nabila Medan Time : 7/06/2013 12:46:00 PM Total Comment : 6 Label :


Selepas berakhirnya Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia, slot zehra TV3 kini membawakan sebuah drama baru yang diadaptasikan juga dari sebuah novel iaitu Kampung Girl. Novel ini adalah sebuah karya Umi Kalsom. Drama bersiri ini akan bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 9 malam bermula minggu depan ya. Jangan lupa saksikan. Antara barisan pelakon dalam drama ini ialah Akim Ahmad, Nad Zainal, Emma Akma, Hilal Azman, Fikhree Bakar, Shafiq Kyle Dan Emma Maembong.

Sinopsis -
Ashraf langsung tidak menyangka yang perkahwinannya bakal diatur oleh keluarga! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu? Tidak mungkin.

Ashraf Khairi dan Ainnur adalah sepupu, dan dia memang tidak pernah sukakan gads itu sejak kecil lagi. Hanya kata cacian dan kutukkan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekkan Ashraf telah menerima pinangan dari ibu Ashraf. Ainnur merahsiakan identitinya yang pernah melanjutkan pengajian ke luar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta padanya sebagai budak kampung yang tidak berpendidikan.

6 comments

Saturday, July 06, 2013 2:28:00 PM Delete! [Reply Comment]

lpas ni feymes plak ayat aku budak kampung..
hehehe.

Saturday, July 06, 2013 3:39:00 PM Delete! [Reply Comment]

novel kan ni?

Saturday, July 06, 2013 4:40:00 PM Delete! [Reply Comment]

Nak tingkatkan earning anda untuk beli barang-barang for Hari Raya nanti ? Jom !


http://nurin-aqilah.blogspot.com/2013/07/exchange-link-income-for-hari-raya.html

Saturday, July 06, 2013 5:33:00 PM Delete! [Reply Comment]

harap best macam ssid . tapi sebest mana pun , mesti takleh lawan ssid . huhuu

Sunday, July 07, 2013 8:28:00 PM Delete! [Reply Comment]

best novel ni .. drama tk tau la

Tuesday, July 09, 2013 5:03:00 PM Delete! [Reply Comment]

Dah baca novel ni 6 kali rasanya sampai dah boleh ingat jalan cerita macam mana :D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...