26.7.13

Resepi Popia Nestum (Popia Bersalut Nestum!) Mudah & Sedap!

Author : Nabila Medan Time : 7/26/2013 03:00:00 PM Total Comment : 17 Label :


Assalamualaikum.
Kali ni nab nak kongsi satu entri resepi, bukan resepi nab. Resepi dari hasil nab cari di google sahaja. Saja nak kongsi dengan korang yang tengah sibuk sediakan kuih.biskut raya tu kan? Popia Nestum, ada sesetengah bila nab cakap "popia nestum" dia taktahu macam mana bendanya. Sebenarnya ianya ialah kulit popia yang digulung kemudian digoreng dan seterusnya disalut dengan nestum dan gula. Dah lama sangat teringin nab buat popia nestum ni, pujuk punya pujuk. Akhirnya, berjaya jugak memujuk mama untuk buat popia nestum untuk raya tahun ni. kuikui. Nab takbuat lagi, tunggu dah nak dekat raya baru buat sebab kalau buat awal-awal, taksempat nak raya dah habis! Huhu. Korang yang nak mencuba pun boleh cuba sama-sama jugak. Kalau jadi, kita kongsi sama-sama okay? :p

Bahannya ( 1 Balang Besar )
1 peket besar kulit popia
1 cawan gula (dikisar halus)
1 1/2 cawan nestum segera yang biasa (dikisar halus)

Caranya
1.Gulungkan kulit popia sampai habis. Selepas itu, gunting menyerong
2. Goreng hingga kekuning-kuningan
3. Pastu toskan minyak sikit. Tapi masa panas-panas tu, korang masukkan bahan-bahan yang di kisar tadi. Biar sampai melekat.
4. Gaul hingga rata. Siap!

Senang je kan? Orang bujang pun macam boleh buat. Kuikui. Nanti lepas nab berjaya buat, nab akan cuba kongsikan. Selamat mencuba ya ;)

17 comments

Friday, July 26, 2013 3:09:00 PM Delete! [Reply Comment]

biskut yg wajib Wan makan time raya :)

Friday, July 26, 2013 3:12:00 PM Delete! [Reply Comment]

Sekarang ni pon tengah cuba buat dengan kakak :)

Friday, July 26, 2013 3:23:00 PM Delete! [Reply Comment]

esok nk buat la. nasib xbeli..sng je rupanya..ehhee

Friday, July 26, 2013 3:30:00 PM Delete! [Reply Comment]

faberet ena niiiiiiiiiiii... sedapnyaaaaaaaaaaa.. nak buatlah esok

Friday, July 26, 2013 3:56:00 PM Delete! [Reply Comment]

lor..senang rupanya..ingat susah sangat

Friday, July 26, 2013 4:00:00 PM Delete! [Reply Comment]

macam sedap je..nk try buat la..step pun senang...

Friday, July 26, 2013 4:01:00 PM Delete! [Reply Comment]

haishh..nanti balik kampung nak kena buat jugak ni..

Friday, July 26, 2013 5:08:00 PM Delete! [Reply Comment]

mcm nk bg popia tu xterbkak ye?and rangup.

Friday, July 26, 2013 5:17:00 PM Delete! [Reply Comment]

popia dengan nestum..macam sedap :D

Friday, July 26, 2013 9:25:00 PM Delete! [Reply Comment]

yum...yum...yum...sedapnya..^^

Friday, July 26, 2013 10:32:00 PM Delete! [Reply Comment]

sedap . sedap (=

Saturday, July 27, 2013 2:35:00 AM Delete! [Reply Comment]

biskut wajib buat tiap2 kali nk raya :)

Saturday, July 27, 2013 10:35:00 AM Delete! [Reply Comment]

resepinya simple jer yer.. tp bab nk gulung gunting goreng popia tu malasnya..hehe..tak pernah buat pun..mcm nk cuba lah..

Saturday, July 27, 2013 11:58:00 PM Delete! [Reply Comment]

yeahh.. mmg tgh duk cari.. ^_^

Monday, July 29, 2013 4:47:00 AM Delete! [Reply Comment]

biskut yg tahun2 xsempat nak buat sebab malas menggulung.kakaka~

Monday, July 29, 2013 6:21:00 AM Delete! [Reply Comment]

Wahh!! Tengok kak Nabila Medan buat popio ni, ain pun mcm nak buat jugak..ehehe..

Monday, July 29, 2013 9:30:00 AM Delete! [Reply Comment]

wah..macam senang ni..hihi

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...