23.7.13

Resepi Coklat Handmade NabilaMedan? :p

Author : Nabila Medan Time : 7/23/2013 11:00:00 AM Total Comment : 24 Label :

Assalamualaikum. Ya ya, kalau korang yang selalu ikut update nab dekat page memang korang tahu apa aktiviti nab sepanjang minggu lepas. Dan terbaru! Hobi nab ialah buat coklat handmade & chocolate muffin with chocolate cip. Haha. Entah angin apa yang menyerang diri ini. Nab ni sebenarnya jenis yang "pantang" masuk kedai bakery atau kedai yang jual bahan-bahan kek/biskut sebab bila dah masuk, bukan nak beli satu dua jenis. Kalau boleh nak beli semua! Rambang mata uollsss. Entah la kenapa, rasa macam best bila masuk kedai macam tu. Haha. Sekarang kalau nak beli apa-apa, suruh mama je pergi beli sebab kalau nab yang pergi habissss duitt!! Dekat rumah cadang nak beli satu, modal RM10 je. Bila sampai situ, beli sampai dua bakul, harga sampai RM78.90. Macam mana nak jimat macam tu? Haha.

Okay, sebenarnya nab ada post satu gambar dekat pages. Gambar coklat bentuk rose yang nab buat. Ada yang minta resepi dan ada yang minta free. Kalau nak datang rumah laa. Haha. Nab ni bukanlah reti pun bab masak ni. Lagipun baru "setahun jagung" dan tengah merangkak nak belajar pasal masakan ni. Kebetulan memang nab ni jenis yang suka masuk dapur, tapi buat entah apa-apa. Haha

Resepi? Bahannya.......
Coklat compound *taktahu? pergi google! nab guna yang jenama "Beryl's" (milk chocolate)*
dekat area nab, harga 1kg cuma RM14 je
Biskut oreo
Bekas *contoh gambar bekas*
Bajet yang nab guna untuk buat ni dalam RM20 je. Coklat tu besar, so boleh buat banyak kali

Caranya, cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiling ye. Dah siap cair, biarkan sekejap. Sambil tu korang potong biskut oreo hancur-hancur. Jangan hancur halus pulak ye. Dah siap, ambil bekas untuk korang letak coklat tu. Macam nab, nab guna bekas bentuk bunga rose, kecik je. Nak guna bekas lain pun boleh... Masukkan coklat yang dah cair tadi, separuh daripada bekas tu, jangan letak penuh-penuh. Dah letak separuh, tabur sikit biskut oreo yang korang dah hancurkan tadi. Lepas tu, masukkan lagi coklat cair tadi untuk menutup biskut oreo tersebut. Dah siap, ketuk-ketuk sikit bagi mampat. Letak dalam peti sejuk dalam 15 minit dah boleh siap rasanya. Kalau agak-agak dah keras tu, dah siaplah. haha. The End.

Ehhh. Korang faham ke tak sebenarnya? Kalau takfaham, sila google resepi lain yang lebih mudah difahami ya. Harap maklum. Haha. Kalau taknak buat meh order. Ekeke. Hasilnya?? Tadaaaaaa!!


Rasanya...... umpphh! Haha, dalam tu rasa macam crispy sikit sebab kita letak biskut oreo tadi kan? Abaikan je la tangan tu. Haha. Selamat mencuba :3

24 comments

Tuesday, July 23, 2013 11:12:00 AM Delete! [Reply Comment]

mcm senang je nak wat ;)

Tuesday, July 23, 2013 11:32:00 AM Delete! [Reply Comment]

rajin nabila...hehe pavlova pndai buat x?sedap jugak

Tuesday, July 23, 2013 11:34:00 AM Delete! [Reply Comment]

mesti sedap nab buat..tak susah jugak ye buatnya tu...

Tuesday, July 23, 2013 11:39:00 AM Delete! [Reply Comment]

menarik dan boleh cuba ni... *_^

Tuesday, July 23, 2013 11:46:00 AM Delete! [Reply Comment]

nice sharing nab...:)

Tuesday, July 23, 2013 12:46:00 PM Delete! [Reply Comment]

akk selalu jgk buat coklat ni..tp tak buh biskut pun..

Tuesday, July 23, 2013 12:51:00 PM Delete! [Reply Comment]

senang je rupanya...boleh la try lps nie:)

Tuesday, July 23, 2013 1:59:00 PM Delete! [Reply Comment]

rajin nab buat coklat...saya kurang rajin,datang mood rajin buat choc akan cuba resepi ni.. :)

Tuesday, July 23, 2013 3:22:00 PM Delete! [Reply Comment]

wow..cm sdp jer..

Tuesday, July 23, 2013 9:27:00 PM Delete! [Reply Comment]

nk satu..hewhew

Tuesday, July 23, 2013 10:59:00 PM Delete! [Reply Comment]

mcm best jer resipi ni.. simple.. nanti boleh lah cuba B-)

Wednesday, July 24, 2013 12:55:00 AM Delete! [Reply Comment]

oh faham faham ^^ nanti nak try buat heh

Wednesday, July 24, 2013 5:17:00 PM Delete! [Reply Comment]

@beta kupu boleh try lepas ni :D

Wednesday, July 24, 2013 5:18:00 PM Delete! [Reply Comment]

@kacang buncis pavlova nab takpandai, kakak pandailah. nab takberapa minat. kuikui

Wednesday, July 24, 2013 5:18:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Kisah Si Dairy jemput rasa! hekhek

Wednesday, July 24, 2013 5:18:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Farah Waheda Wahid jemputlah cuba. kalau jadi, pos sini sikit. hehe

Wednesday, July 24, 2013 5:19:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Normi Nieza terima kasih kak :D

Wednesday, July 24, 2013 5:19:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Sya Mimie lepas ni boleh try letak biskut. hehe.

Wednesday, July 24, 2013 5:19:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Anak pak cik Azhar :) selamat mencuba :D

Wednesday, July 24, 2013 5:20:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Belladeone hehe. dialu-alukan :)

Wednesday, July 24, 2013 5:20:00 PM Delete! [Reply Comment]

@elyna mirsada trylah ;)

Wednesday, July 24, 2013 5:20:00 PM Delete! [Reply Comment]

@nabila biela jemput dtg rumah ;p

Wednesday, July 24, 2013 5:20:00 PM Delete! [Reply Comment]

@ct cucubi selamat mencuba :D

Wednesday, July 24, 2013 5:21:00 PM Delete! [Reply Comment]

@NurainSuperr selamat mencuba ;)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...