24.7.13

Pengalaman Pertama : Yeayyy! Barang Dari ZALORA Dah Sampai

Author : Nabila Medan Time : 7/24/2013 10:30:00 AM Total Comment : 21 Label :

Assalamualaikum.
Zalora? Satu online shopping yang memang tak asing lagi. Kalau sebut, memang ramai dah kenal mengenai website ini kan? Pengalaman pertama nab membeli dekat situ. Sebenarnya, peluang ni mungkin nab takdapat kalau nab tak menang dalam segmen yang dianjurkan oleh blogger Emas Putih. Sungguh takpercaya bila dapat tahu nab menang dalam segmen tersebut sebagai top refferal secara langsung memiliki voucher daripada ZALORA yang bernilai RM100. Ya Allah, siapa yang nak bagi RM100 dekat kita kan, memandangkan sekarang ni memang sukar nak dapat benda "free". Syukur sangat sebab Allah kurniakan rezeki kepada hambaNya ini. Tersangat gembira pada masa itu, terus menyerbu ke website tersebut dan mencari sesuatu yang berjaya mencuri hati. Tiba-tiba terpandang satu baju kurung warna merah dari "First Lady" harga pun murah RM79 sahaja. Terus tanya mama, mama pun kata okay. Apa lagi... terus masukkan dalam shopping bag. Bila fikir ada lagi baki sikit, kang membazir pulak kan? Usha punya usha, terjumpa pulak anting-anting yang berharga RM19. Tanpa memikirkan hal lain, terus beli.

Apa yang nab nak kata, nab agak puas hati jugaklah dengan servis pertama yang mereka bagi dekat nab. Sebab nab order dalam 16 julai macam tu. Lepas tu malam 18 julai orang dari GDEX call. Terkejut jugaklah sebab malam-malam telefon, ingat siapa sebab takada nama kan. Rupanya dia tanya lokasi sebab katanya nak hantar esok. Okaylah. Tunggu punya tunggu, 19 julai barang dah sampai. Harap mereka kekalkan servis macam ni selalu la kan. Kadang ada jugak dengar orang ngadu kata servis lambat kan. Huhu. Buka punya buka. Dapat pulak 2 voucher. Satu untuk nab, satu untuk "your friends". Mungkin akan lucky draw je kot. Dah selesai bab ZALORA. Terima kasih Emas Putih sebab bagi nab merasa shopping dekat situ! :D



21 comments

Wednesday, July 24, 2013 10:31:00 AM Delete! [Reply Comment]

tahniah nab..:)

Wednesday, July 24, 2013 10:34:00 AM Delete! [Reply Comment]

akak pun ade 1 voucher utk ur friends..bagi awak je buat lucky draw boleh x?

http://juliajamaludin.blogspot.com/2013/07/seronoknya-shopping-di-zaloracommy.html

Wednesday, July 24, 2013 10:48:00 AM Delete! [Reply Comment]

cantik dik barang tu :)

Wednesday, July 24, 2013 10:51:00 AM Delete! [Reply Comment]

wah!! tahniah ..bukan senang nk dpt mcm tu..=D

Wednesday, July 24, 2013 11:24:00 AM Delete! [Reply Comment]

wah, cantik kain :)

Wednesday, July 24, 2013 12:43:00 PM Delete! [Reply Comment]

wahh hehee

Wednesday, July 24, 2013 12:49:00 PM Delete! [Reply Comment]

lum penah g ada pngalaman beli ngan zalora

Wednesday, July 24, 2013 1:04:00 PM Delete! [Reply Comment]

wahhh seronoknya. tahniah :)

Wednesday, July 24, 2013 2:14:00 PM Delete! [Reply Comment]

nak beli kat zalora tak tahu nak beli apa..haha

Wednesday, July 24, 2013 5:12:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Normi Nieza terima kasih sis :D

Wednesday, July 24, 2013 5:13:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Noor Atikah Ramli hehe. alhamdulillah sis :D

Wednesday, July 24, 2013 5:13:00 PM Delete! [Reply Comment]

@siti ZAHARA terima kasih. hehe

Wednesday, July 24, 2013 5:13:00 PM Delete! [Reply Comment]

@ANNA MARIANA :)

Wednesday, July 24, 2013 5:14:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Emas Putih terima kasih ye kak :D

Wednesday, July 24, 2013 5:14:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Mysara Ab Rahman boleh cuba lepas ni. kuikui :p

Wednesday, July 24, 2013 5:14:00 PM Delete! [Reply Comment]

@mazni tqvm!

Wednesday, July 24, 2013 5:15:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Bahrain Ramlan dkt situ banyak, tapi yg lawa, harga pulak mahal. kuikui

Wednesday, July 24, 2013 6:49:00 PM Delete! [Reply Comment]

wah tahniah !

Wednesday, July 24, 2013 9:42:00 PM Delete! [Reply Comment]

Wahhh seronoknyaaa :)

Wednesday, July 24, 2013 10:10:00 PM Delete! [Reply Comment]

Tahniah ya...bestnya dpt hadiah dr produk zalora!!

Thursday, July 25, 2013 5:36:00 AM Delete! [Reply Comment]

Tahniah dik :D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...