3.5.13

Novel Sebenarnya Saya Isteri Dia !

Author : Nabila Medan Time : 5/03/2013 03:52:00 PM Total Comment : 32 Label :




   Assalamualaikum! Sebenarnya Saya Isteri Dia? Drama ni dah lama keluar dekat tv 3, setiap hari jumaat jam 9 malam di slot zehra kan? Dah berapa minggu nabila cari novel ni dekat kedai-kedai buku, dekat pesta buku. Tapi sedih sebab takada! Huhu. Pernah pergi satu kedai buku ni, cari punya cari takjumpa.. Last-last tanya orang yang kerja dekat situ.. "Novel sebenarnya saya isteri dia ada tak?" lepas tu orang tu pun jawab.. "Ohh.. novel tu dah habis dah, baru je habis. Laku sekarang sebab drama nya dah keluarkan". Dalam hati mengeluh kecil. Sedih okay tak jumpa. Dan nabila pun give up lah nak cari.. Tiba-tiba hari rabu kot, kakak nabila keluar pergi jalan-jalan. Dan dia mesej, kata jumpa novel tu. Huihh, terus suruh dia beli! Wakaka. Akhirnya jumpa jugak! Baru baca sekerat, novel tu agak tebal dan harga semenanjung RM30.. Meh nabila bagi sinopsis dari novel tu, sebelum tu nabila kredit kepada Kedai Buku FIHA.

Sinopsis :
Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syafa dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.
Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish). Farish terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah.
Farish pula meninggal dunia saat hari pernikahan Firash dan Syafa. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.
Perkahwinan Firash dan Syafa sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menemukan mereka berdua bekerjasama dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syafa. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara Firash dan Raina.
Gambar yang di'super imposed' kan tersebut dihantar ke meja Syafa, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syafa- Firash, terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar2 tersebut telah memaksa Syafa menunaikan hak seorang suami. Setelah itu, Syafa melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya.

 Sinopsis Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia
 Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episode!

32 comments

Friday, May 03, 2013 3:54:00 PM Delete! [Reply Comment]

Jemput join. ^_^

http://ezbil-official.blogspot.com/2013/05/segmen-pencarian-bloglist-bulan-mei.html

Friday, May 03, 2013 4:04:00 PM Delete! [Reply Comment]

Ramai cakap best tapi xpernah tengok ! macam best jerk.

Friday, May 03, 2013 4:17:00 PM Delete! [Reply Comment]

So, drama tu malam nilah kan? Kalau cancel macam minggu lepas, tak tau nak cakap apa -.-"

Friday, May 03, 2013 4:19:00 PM Delete! [Reply Comment]

mlm ni tak tau ada ke tak sbb last week takde... dok tunggu gak... asik kempen PRU je...

Friday, May 03, 2013 4:27:00 PM Delete! [Reply Comment]

cerita ni best! ;)

Friday, May 03, 2013 4:42:00 PM Delete! [Reply Comment]

popular novel ni skrg kan...hehe

Friday, May 03, 2013 5:41:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Ez Bil thankyou invite :)

Friday, May 03, 2013 5:42:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Mila Ahmad mmg best. try tengok :)

Friday, May 03, 2013 5:42:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Miss Xyz malam ni rasanya takada jugak sbb ada mandat ._.

Friday, May 03, 2013 5:43:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Haryati Faizal malam ni pun takada juga rasanya :\

Friday, May 03, 2013 5:43:00 PM Delete! [Reply Comment]

@SyamimiNazifa yes! :D

Friday, May 03, 2013 5:43:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Nory Zoulkefle ha'ah :D

Friday, May 03, 2013 6:08:00 PM Delete! [Reply Comment]

Akak , novel tu sedih bahagian tengah. Adk nangis hahaha

Friday, May 03, 2013 6:25:00 PM Delete! [Reply Comment]

Nampak macam best ,xpi susah sikit nk cri novel laris mcm ni :D

Friday, May 03, 2013 6:46:00 PM Delete! [Reply Comment]

nina beli online novel ni ^^ best sangat dah baca sampai habis . :)

Friday, May 03, 2013 6:57:00 PM Delete! [Reply Comment]

dah baca abis novel ni :D best ! fuhh , best abis lah ! saya pinjam kat mak sedara je :p rindu nak tengok ceghita dia . asyik dengan mandat je . huhuuu . geram laa :/

Friday, May 03, 2013 7:20:00 PM Delete! [Reply Comment]

Novel paling laris...
Cepat je habis mase kat pwtc hari tu.. 1jam habes 1 rak kot. perhhh!!




jemput join n support 1st contest dr saye..

http://sweetdyba.blogspot.com/2013/05/contest-saya-comel.html

tenkiu. <3

Friday, May 03, 2013 7:55:00 PM Delete! [Reply Comment]

macam best je !! :)

Friday, May 03, 2013 9:00:00 PM Delete! [Reply Comment]

bru sekali tgok citer ni.. huhuh

Friday, May 03, 2013 11:30:00 PM Delete! [Reply Comment]

nak beli jugaaakkk novel tu huhu

Saturday, May 04, 2013 1:08:00 AM Delete! [Reply Comment]

@Nur Sabrina ye ke? kena sedia kan tisu la dulu ;p

Saturday, May 04, 2013 1:08:00 AM Delete! [Reply Comment]

@Asma Sah ha'ah.. tapi kalau beli online ada rasanya :)

Saturday, May 04, 2013 1:08:00 AM Delete! [Reply Comment]

@Mazelina Zaini takreti beli online. huhu. best :D

Saturday, May 04, 2013 1:09:00 AM Delete! [Reply Comment]

@Aina Sofea cepatnya baca.. tu la.. dengar minggu depan pun takada lagi. haih

Saturday, May 04, 2013 1:10:00 AM Delete! [Reply Comment]

@dyba gula-gula novel ni tengah hot sekarang. Thanks invite :)

Saturday, May 04, 2013 1:10:00 AM Delete! [Reply Comment]

@Nur Danny best!

Saturday, May 04, 2013 2:20:00 AM Delete! [Reply Comment]

Tadi baru pergi Popular nampar novel ni, Hehe

Wednesday, May 08, 2013 8:16:00 PM Delete! [Reply Comment]

Kita ada novel tuu :)

Anonymous
Tuesday, May 14, 2013 1:48:00 PM Delete! [Reply Comment]

@Nur Adila
NAK PINJAM

Tuesday, May 14, 2013 6:19:00 PM Delete! [Reply Comment]

Saye ade jugak jumpa novel tu kat kdai buku popular tapi terlepas.... Waaaa

Sunday, May 26, 2013 7:48:00 PM Delete! [Reply Comment]

kita genk la sebab dah baca habis buku tue..

Saturday, June 22, 2013 10:21:00 AM Delete! [Reply Comment]

best drama dan novel ni

:)

salam kenal

-xoxo-
S

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...