10.5.13

Kau Yang Teristimewa Buatku Ibu..

Author : Nabila Medan Time : 5/10/2013 04:45:00 PM Total Comment : 4 Label :

(12 Mei 2013)
Doa & Gambar - Google

Assalamualaikum..
Mungkin ramai yang dah tahu dan membuat persiapan untuk menyambut hari ibu kan? Bagi kita, ibulah segala-galanya, ibulah yang melahirkan kita, ibulah yang menjaga kita selain dari ayah. Penat lelah ibu tiada tandingan. Jasa baik ibu, memang sukar untuk dibalas kerana jasa ibu sangat banyak. Tak terkira, tak terhingga. Tanpa ibu siapalah kita.. Tanpa ibu dimanalah kita.. Ibulah yang bangun pagi-pagi kalau kita menangis, ibulah yang didik kita tatkala ayah pergi bekerja.. Ibu adalah ratu hati kita.. Pemaisuri yang bertakhta di hati.. 

Walaupun bukan hadiah yang diminta.. Hanya kucupan mesra yang melekat dipipi.. Itu sudah cukup bagi seorang ibu.. Betapa kasihnya hati seorang ibu.. Menangis tatkala anaknya jatuh tertimpa, namun ibu bangkit untuk memberikan sokongan dan dorongan.. Menangis tatkala anaknya berjaya dengan cemerlang, kerana bersyukur bahawa anaknya telah dapat mencapai kecemerlangan. Susah senang ibu sentiasa bersama. Pahit manis, ibu sentiasa disisi.. Ibu adalah anugerah yang terindah.. Anugerah yang menyinari hari kita.. Penat lelah ibu menjaga kita tatkala kita kecil hingga dewasa.. Takpernah diungkit, takpernah disebut..

Selamat hari ibu buat ibu-ibu diluar sana.. Semua ibu diluar sana.. Jasamu akan kami kenang sampai bila-bila. Budi baikmu akan kami balas.. Kasih sayang yang kau beri pada kami akan kami sematkan dalam hati, akan kami jaga sebaik mungkin.

Doa Untuk Ibu
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Ya ALLAH Ya TUHANku...
Rendahkanlah suaraku, perindahkan ucapanku dan lembutkan hatiku untuk ibuku
Berilah ia balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku..
Peliharakanlah dia sebagaimana dia memeliharaku..

Ya ALLAH Ya TUHANku...
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya
sebagaimana dia mengasihaniku sejak kecil
Panjangkanlah usianya, murahkan rezekinya dan berikanlah keberkatan
dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga...

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih...

Amin Ya Rabbul Alamin..



4 comments

Friday, May 10, 2013 4:54:00 PM Delete! [Reply Comment]

Selamat hari ibu :D

Friday, May 10, 2013 5:41:00 PM Delete! [Reply Comment]

Ibu adalah insan paling istimewa.. =)

Friday, May 10, 2013 9:30:00 PM Delete! [Reply Comment]

Saya sayang MAK saya..Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

insanbiasabiasa.blogspot.com

Tuesday, May 14, 2013 1:30:00 PM Delete! [Reply Comment]

hpy mothers day tuk mama nabila :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...