18.4.13

Sorry. Attention. Next Giveaway

Author : Nabila Medan Time : 4/18/2013 05:38:00 PM Total Comment : 6 Label :



Sorry
Sebenarnya semalam nabila ada update satu status difacebook pasal ++. Nabila minta maaf sangat, disebabkan status tu orang lain yang terkena tempias walhal dia tak buat apa-apa pun. Nabila rasa serba salah sangat. Mungkin nabila update tanpa fikir baik buruk nya. Dan nabila update status tu dalam keadaan marah dan sedih. Akibatnya ada yang terkecil hati. Sebab itu nabila rasa nak undur sekejap, nak tenangkan fikiran sebab akhir-akhir ini macam banyak masalah yang datang sekali gus. Lagi pun nabila busy sangat dengan pelajaran. Mungkin dengan undur diri sekejap mampu buatkan diri ini lebih kuat dan sabar. Insya-Allah. Dikesempatan ini nabila nak mohon maaf dekat sesiapa yang baca dan mungkin marah, geram, sakit hati atau apa-apa pun pada nabila. Nabila minta maaf sangat. Mungkin nabila belum cukup matang dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada yang tanya tutorial atau apa, maaf juga sebab nabila memang taksempat nak buat. Sibuk dengan pelajaran. Maaf sejuta maaf.

Attention
Ini nabila tujukan khas kepada mereka-mereka yang pernah menang hadiah daripada nabila, tak kiralah nabila yang anjurkan atau nabila sponsor. Jika hadiah yang korang menang tu masih taksampai lagi selewatnya bulan 5 nanti, tolong inform pada nabila ya. Nabila selalu pos pakai pos biasa je, sebab tu mungkin lambat sampai. tapi kalau dah memakan masa sampai berbulan-bulan tu, macam lain cerita je kan? Mungkin hadiah dah sampai ke tempat lain. Nabila beri tempoh sampai akhir bulan 5 untuk korang tuntut ganti rugi hadiah yang korang menang tapi takdapat-dapat tu. Hadiah mungkin lain sebab stok kadang dah habiskan? Masa korang nak tuntut, make sure ada bukti yang korang pernah menang dan pernah beri detail dekat nabila. If takada, sorry.

Next Giveaway
April Giveaway By NabilaMedan akan berlangsung pada minggu depan insya-Allah. Sponsor 3 orang dan pemenang yang dicari adalah 20+ insya-Allah. Antara hadiahnya ialah bawal tribal, baju tidur, keychain, topup dan kain ela (4 meter). Mini-mini giveaway nabila pula, sudah tamat semalam dan insya-Allah pemenang akan diumumkan pada malam ini atau esok selewatnya.

Sekian. Terima kasih

6 comments

Thursday, April 18, 2013 5:59:00 PM Delete! [Reply Comment]

tkpe kak . jangan terlalu fokus pada giveaway ... kalau tk mampu nk buat giveaway april nanti , akak relaks dulu tau .. tunggu smpai semua dh reda . ok .

Thursday, April 18, 2013 6:34:00 PM Delete! [Reply Comment]

sabar yerrr...

Thursday, April 18, 2013 8:24:00 PM Delete! [Reply Comment]

LOVE YOU DEAR :')

Thursday, April 18, 2013 10:32:00 PM Delete! [Reply Comment]

jgn sedih2.. kuatkan semangat!

Friday, April 19, 2013 10:21:00 AM Delete! [Reply Comment]

nak tunggu giveaway nanti. jangan lupa jemput nawwar tau. hihi

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...