16.4.13

Pemenang Contest Header & Pemenang Mini - Mini Giveaway?

Author : Nabila Medan Time : 4/16/2013 04:30:00 PM Total Comment : 6 Label :

Assalamualaikum
Setelah beberapa hari contest header melabuhkan tirai untuk memberi peluang untuk semua peserta mengumpul undi yang banyak. Akhirnya hari yang dinanti-nanti telah tiba.. Mungkin dan mesti ramai yang nak tahu kan siapakah gerangan yang dapat memenangi dalam contest header yang lepas. Dan mungkin juga ada yang dapat mengesan pemenang.. Dari tempat pertama hingga tempat kelima, undian adalah berdasarkan like terbanyak dan juri. Hadiah yang lain akan diberikan melalui cabutan bertuah. Dari pihak nabila, sejuta kemaafan nabila pohonkan jika terdapat khilaf yang nabila lakukan sepanjang tempoh contest ini berlangsung. Nabila sedar akan kesilapan yang nabila lakukan, dan nabila juga seorang manusia yang tak lari daripada melakukan kesilapan.. Mungkin semua sudah tertanya-tanya pemenang contest header kan? Pemenang contest akan nabila publish pada malam ini atau esok insya-Allah. Sebab nak semak samada pemenang ikut syarat atau pun tidak. Harhar.

Untuk Mini-Mini Giveaway yang sedang berlangsung dan akan tamat pada esok hari iaitu 17 April 2013. Pemenang nabila akan umumkan pada hari khamis atau jumaat insya-Allah kalau tiada aral melintang. Tapi nabila kecewa sebab ada beberapa peserta yang tidak mengikut syarat yang kedua, iaitu klik link ini sehingga habis loading. Nabila rasa bukan perkara yang rumit untuk lakukan hal tersebut. Tapi terserah pada diri untuk bersikap jujur. Nabila sangat-sangat gembira kerana Mini Giveaway kali ini mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan dari pihak blogger apabila sudah seramai 200+ orang yang join. Walaupun hadiah yang disediakan hanyalah untuk 4 orang pemenang. Oleh itu, nabila akan meningkatkan jumlah pemenang untuk Mini Giveaway kedua yang bakal dilakukan minggu hadapan dengan sokongan tiga orang sponsor. Bagi sesiapa yang sertai Mini-Mini Giveaway nabila dan tidak mengikut syarat yang kedua, korang digesa untuk klik link ini sehingga habis loading atau penyertaan anda akan dibatalkan.

Macam buat karangan bahasa melayu pulak rasanya, cuma ada beberapa point yang salah. Haha. Diharap dengan adanya entri ini, tiada lagi tanda tanya dan kemusykilan yang akan timbul..

-> Klik Sini


6 comments

Tuesday, April 16, 2013 4:36:00 PM Delete! [Reply Comment]

dah tau spe yg menang :)

Tuesday, April 16, 2013 4:39:00 PM Delete! [Reply Comment]

tahniah...

Tuesday, April 16, 2013 5:35:00 PM Delete! [Reply Comment]

tahniah kepada pemenang..mesti lawa2 header yang bertanding

Tuesday, April 16, 2013 6:45:00 PM Delete! [Reply Comment]

noted !

Tuesday, April 16, 2013 8:46:00 PM Delete! [Reply Comment]

tahniah pemenang semua :)

Wednesday, April 17, 2013 1:49:00 AM Delete! [Reply Comment]

tahniah pada yg menang. :)

err. rasa dah klik semua. tp klik lg utk selamat ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...