9.3.13

Hadiah Daripada JomHosting.Net Dah Sampai!

Author : Nabila Medan Time : 3/09/2013 08:04:00 PM Total Comment : 5 Label :



Wuuuwuu. Petang tadi mak hulur sampul daripada Pos Ekspres ni. Mak cakap "isinya macam dah kosong je". Belek punya belek, ternampak sampulnya terkoyak sikit, gambar kat atas tu koyak sebab nabila yang buka. Ganaskan? Haha. Masa mak ambil, bahagian atasnya macam terkoyak sikit, dalam hati dah kemain risau , takut isinya sudah diambil orang. Hukhuk. Penat picit-picit sampul tu, memang nipis! Konon dah geram, tu yang terus koyakkan sampul tu sampai gambar diatas, rupa-rupanya ada surat berserta hadiah daripada JomHosting.Net!

Nipis tapi mahal, topup RM50 yang nabila menang dari contest tahun lepas selamat tiba, kalau taksilap hadiah dia wang tunai.. Tapi nabila tukar ke topup sahaja memandangkan nabila ni memang lembap sikit bab bank in bagai tu. Harhar. Baca surat yang dikirimkan dengan penuh khusyuk, macam baca surat cinta pun ada. Haha. Meh kita baca sesama surat cinta tu. Surat sebelah dah macam kabur kan? Mungkin basah kot, sebab sampul suratnya pun macam ada kesan basah sikit.


Kebiaasaan orang kalau hadiah topup terus masukkan ke telefon bimbit atau beri no pin dekat facebook/email sahaja kan? Tapi ni siap pos lagi, dengan surat lagi. Rajinnya. Alhamdulillah hadiah ni memang agak lumayan bagi nabila yang bergelar 'budak sekolah' ni. Topup RM50 okay! Banyak bukan sikit, kalau guna sebulan pun takhabis! Kalau nabila la, sebab nabila jenis yang taksuka ngadap handphone 24 jam. Haha.
Okay itu sahaja! Thanks kepada penganjur contest tersebut iaitu www.miszwawa.com dan juga JOMHosting.Net ! Contest : Review JomHosting.Net , Pemenang Contest


5 comments

Saturday, March 09, 2013 8:42:00 PM Delete! [Reply Comment]

wah..seronoknye dpt hadiah..top up rm50 lg tu..tahniah dik..:)

Saturday, March 09, 2013 8:43:00 PM Delete! [Reply Comment]

pergh, ganas betul Nabila "buka" sampul tu ea, hehe :D
btw tahniah ^^v
banyak tu topup RM50.

Sunday, March 10, 2013 12:37:00 AM Delete! [Reply Comment]

besnya..tahniah :)

Monday, March 11, 2013 5:06:00 PM Delete! [Reply Comment]

Tahiah Nabila :)

Wednesday, March 13, 2013 10:00:00 PM Delete! [Reply Comment]

tahniah ;)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...