21.2.13

Maaf Tempahan Blog Ditutup Buat Masa Ini

Author : Nabila Medan Time : 2/21/2013 08:30:00 PM Total Comment : 4 Label :

Selamat malam semua!
Nampak tak? Hehe. Sejak nabila publish dua blog yang nabila edit tempoh hari, ada beberapa yang inbox dan tanya nak tempah. Tapi maaf sangat-sangat. Nabila dah tutup tempahan buat masa ini atas sebab sibuk, sekolah, taksempat. Sekarang ni ada 10+ customer yang dalam waiting list nabila. Itu taktahu bila siap. Huhu. Banyak? Tamak? Haihh. Nabila nak tolak pun taksampai hati, mereka yang nabila terima ni adalah antara mereka yang sanggup menunggu. Walaupun diaorang kata sanggup tunggu, tapi nabila mestilah taksenang dudukkan? Nabila akan cuba buat secepat mungkin. Tapi minggu ni memang sibuk dengan sekolah. Boleh edit hari jumaat dan sabtu dan ahad mungkin.

Alhamdulillah rezeki nabila ada disini, terima kasih pada yang sudi tempah dengan nabila. Nabila ni budak baru belajar bab edit-edit semua ni. Jadi, kalau ada yang terkurang atau cacat cela.. mohon dimaafkan. Niat menulis entri ini adalah untuk memberitahu bahawa nabila sudah menutup tempahan edit blog buat masa ini. Harap tiada yang tertanya-tanya lagi ya? 

Nabila nak siapkan tempahan yang berada diwaiting list dahulu, taksanggup nak letak ramai-ramai dalam waiting list sebab kalau takbuat, kan susah nanti. Kalau nabila dah buka tempahan, nabila mungkin tak update di blog, sebab selalu nabila akan update di NabilaMedan Punye Blogspot. Nabila akan sentiasa update bila tempahan dibuka, bila tempahan ditutup dan kadang-kala nabila juga akan buat small-small contest di page itu. Memang kebiasaan nabila banyak update dekat page nabila tu. Jadi kalau korang nak tahu perkembangan, bolehlah like page tu ya? Boleh juga join small-small contest dan giveaway yang nabila anjurkan dekat page tu. hehe

Perenggan ke-4, cewahhh. Dah macam buat karangan pulak ya? Haha. Ruang iklan diblog nabila juga kebanyakkan dah penuh, dan nabila akan tutup dahulu buat masa ni sebab ada yang dah booking, ada yang sewa setahun. jadi ruang tu memang dah takada. Maaf juga ya? Terima kasih juga bagi yang sudi menyewa ruang iklan di blog picisan saya ini.

4 comments

Friday, February 22, 2013 1:28:00 PM Delete! [Reply Comment]

rezeki2....alhamdulillah...xpela nabila...fokus belajar dlu ae..dorg mesti paham :)

Saturday, February 23, 2013 1:19:00 PM Delete! [Reply Comment]

alhamdulillah,rezeki nabila di sini :)

Saturday, February 23, 2013 7:31:00 PM Delete! [Reply Comment]

okay kak nabila.

Saturday, February 23, 2013 7:32:00 PM Delete! [Reply Comment]

Jom exchage banner! :) Dah letak banner kak nabila!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...