2.1.13

Setia Hujung Nyawa Slot Akasia TV3

Author : Nabila Medan Time : 1/02/2013 05:51:00 PM Total Comment : 8 Label :

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Dan Selamat Petang


Sinopsis novel Setia Hujung Nyawa:
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.


Nabila suka tengok cerita ni. haha. Taktahu kenapa, tapi bila tengok nampak macam sweet ada macam kelakar pun ada. Nak tahu cerita selanjutnya? Tontonlah diTV3 Slot Akasia , setiap isnin hingga khamis jam 7 malam. Sinopsis diambil dari kotakliriklagu :)


8 comments

Wednesday, January 02, 2013 6:17:00 PM Delete! [Reply Comment]

tulisan kcil sngtla dear..sha rabun :P..btw sha suka tgk drama ni..best gak romantik..haks..em..tp kat ostel mls nak turun p blik tv jauuu..

Wednesday, January 02, 2013 8:52:00 PM Delete! [Reply Comment]

Wah. Wah eiqa tau sinopsis dia nape dorang kahwin.hehe.. Tapi cerita dia memang best la even eiqa tak baca lagi novel dia. :)

Wednesday, January 02, 2013 9:02:00 PM Delete! [Reply Comment]

ala yeke ersalina mengandung?

Wednesday, January 02, 2013 9:50:00 PM Delete! [Reply Comment]

EH, sama lah kita.. saya suka sgt2 cerita ni.. hihi

Wednesday, January 02, 2013 10:07:00 PM Delete! [Reply Comment]

cerita dah cam menarik tetapi sayang waktu siaran masa maghrib.. kesian. hehe

jom singgahL
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/01/pesanan-dr-muhammad-ali-assoubuni.html

Wednesday, January 02, 2013 10:54:00 PM Delete! [Reply Comment]

cerita dia sweettt ! ! QF selalu sengih sorang-2..hahahaha..

Thursday, January 03, 2013 8:50:00 AM Delete! [Reply Comment]

best2.....tgk sampai xbergerak...

Thursday, January 03, 2013 10:49:00 AM Delete! [Reply Comment]

ikut juga walau pada permulaan agak slow citenya

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...