4.1.13

First Day Sekolah Sebagai Senior (2 Jan 2013)

Author : Nabila Medan Time : 1/04/2013 09:30:00 AM Total Comment : 10 Label :

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Dan Selamat Pagi

Cewahh. Tajuk dia, sebagai senior? Kenapa senior? Mestilah sebab sekarang nabila dah 17 tahun! Calon SPM. Wow! Macam taksangka pulak, dah besar rupanya nabila ni ya? haha. Nabila bersekolah di SMK Meru. Siapa sekolah dekat sana jugak? Wah, kita satu sekolah la. Hehe.

Masa hari pertama nak pergi sekolah tu, alhamdulillah senang pulak nak bangunnya.haha. Dah siap semuanya, pergi sarapan lepas tu duduk dekat depan rumah sebab pergi sekolah jalan kaki dengan kawan. Bila kawan datang, salam mak apa semua. Lepas tu masuk sekolah, hew rindu sekolah. Haha. Datang je terus kena pergi tapak perhimpunan, pelajar sekolah kami agak ramai dan memang sesak jugaklah rasanya. Haha. Lepas tu nyanyi lagu Negaraku, baca doa, duduk dan pengetua bagi ucapan. Sampai 8.30 lebih kuranglah, pelajar tingkatan 5 bangun dan masuk kelas. Bila jumpa guru kelas dan tanya kelas dekat mana.. Huhh, tarik nafas panjang terus. Bangunan atas sekali tingkat empat. Naik tangga memang penat, lagi-lagi nak rehat. Rasa macam malas je nak naik turun tangga tu. Mungkin lama-lama nanti dah biasa kot. Haha.

Perasaan nak sekolah macam rendah sikit bila kaki melecet sebab pakai kasut sekolah baru, taktahu la apa kena nya dengan kasut tu. Memang sebelum ni takpernah pakai kasut jenama tu. Huii, nak naik turun tangga dengan kaki yang melecet tu.. rasa nak nangis pun ada. Haha. Tapi sabar je la, dugaan kan. Belajar punya belajar, tengok jam dah nak balik. Segalanya selesai.

Bosan ke? Lantaklah. haha. Nabila punya life kan. hewhew. Nabila harap lepas ni dapat beri tumpuan lebih dekat pelajaran. Harap dapat lah kejayaan yang dinantikan. Lepas ni kena banyak ulangkaji ekonomi asas , perdagangan dengan prinsip perakaunan yang paling penting! Insya-Allah. I can do it!

*siapa yang berjaya baca entri ni sampai habis? tahniah! haha. tak ngantuk ke baca? haha. cerita ni nabila pendekkan. Sebab tu ringkas je. Kalau cerita yang panjang, 10 perenggan takmungkin cukup! haha ;p*

10 comments

Friday, January 04, 2013 10:04:00 AM Delete! [Reply Comment]

pergh,,,, seniorita..hehe
good luck awak, aim siap2 nak target berapa ye (^____^)

p/s:
dun over stress ye study tu, chill (^____^)

Friday, January 04, 2013 10:20:00 AM Delete! [Reply Comment]

KIte Geng.. Same ah .. Duduk tingkat empat ..Tapi aiman form 2 .. hahaa

Friday, January 04, 2013 10:26:00 AM Delete! [Reply Comment]

cheqkaq dah 14 tahun tinggalkan form 5..tua nyer rase diri ini

Friday, January 04, 2013 10:34:00 AM Delete! [Reply Comment]

alaa comeynya bercite ~ hee rindu nk g sekolah balik ambk SPM~~ hehe :D

Friday, January 04, 2013 10:57:00 AM Delete! [Reply Comment]

Senior di sekolah!!! All da best..

Friday, January 04, 2013 12:05:00 PM Delete! [Reply Comment]

haha. samelah. akak masa form5 tahun lepas blok paling hujung, tingkat paling atas dan kelas paling atas. lama lama nanti biasa la tu nabila :)

Friday, January 04, 2013 12:49:00 PM Delete! [Reply Comment]

smk meru??rmai mmbr ex sne la..pak cik iman dulu ckgu smk meru then naik pangkat dlm pengetua skolah kt meru

Friday, January 04, 2013 1:16:00 PM Delete! [Reply Comment]

dah jadi senior bah dia hehe..gud luck for spm..do ur best !!

Friday, January 04, 2013 3:21:00 PM Delete! [Reply Comment]

nabila , kita samalah ! saya pun senoir jugak tahun nie :)

Saturday, January 19, 2013 11:32:00 AM Delete! [Reply Comment]

wah.. umur saya 16 thun... (msih blom boleh panggil 16.. sbb blom befday.. :3) samalah kita... saya pun ambek subjek sama.. :D cume beza saya ada addmath... perdangang tu kne belajar sendri.. :D hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...