4.12.12

Resepi Puding Roti

Author : Nabila Medan Time : 12/04/2012 02:19:00 PM Total Comment : 2 Label :

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Dan Selamat Malam

Sebenarnya tengah bosan, jadi sajalah nak kongsi repesi puding roti ni. Mudah sangat dan nyumm nyumm. Dekat rumah buat satu takcukup, sehari je habis! Jom cuba :)

Bahan-Bahan
4 keping roti, disapu mentega
450ml susu segar
3 biji telur
25g gula
1 sudu besar tepung kastard

Cara-Cara
1.Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
2.Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
3.Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
4.Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
5.Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.

2 comments

Tuesday, December 04, 2012 3:29:00 PM Delete! [Reply Comment]

Wah sedapnyerrr. Nanti suruh mak buat ah ;D

Tuesday, December 04, 2012 5:36:00 PM Delete! [Reply Comment]

wah, ade resepi.. nampak sedapp tuu.. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...