8.8.12

Resepi Biskut Dahlia Sedap Dan Gebu

Author : Nabila Medan Time : 8/08/2012 08:54:00 PM Total Comment : 0 Label :


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Dan Selamat Malam

Amboii , bukan main lagi. Dah nak raya la katakan , sana sini resepi.hewhew. Biskut dahlia , biskut semperit sama eh? kadang keliru jugak.haha. Hari tu nabila dah try buat biskut dahlia ni. Sedap! Walaupun ada besar , ada kecik.Yang penting bila masuk je mulut.Perghh! Sedap kawww kawww punya :D  Nak try? nabila copypaste resepi dari DTS ye? :)

Sumber gambar : google

Bahan-bahan 
300 g mentega
160 g gula aising 
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla 
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Haaa! Cuba jangan takcuba eh! Nanti kalau dah buat, dah siap. Pos kat nabila sikit boleh? haha. ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...