6.8.12

Jom Buat Kuih Raya! Resepi Biskut Sarang Semut

Author : Nabila Medan Time : 8/06/2012 12:28:00 PM Total Comment : 2 Label :


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Dan Selamat Petang

Salam Nuzul Quran semua. Okay hari ni cuti kan? Haaa! Hari ni nabila ingat nak buat kuih raya dengan mak. Taktahu la jadi ke tidak kuihnya nanti.haha. Tahun ni mak kata buat sikit je, sebab nanti bukan dimakan pun. Haih, takpe la. Asalkan buat sudah ler.Bahan-bahan semua dah ada.Cara nak buat pun senang je.Search google berlambak resepikan? Pilih la mana yang senang.hewhew.Nak resepi? Meh tengok :)

Bahan-bahan ( 80 )
250g butter
100g gula halus
350g tepung gandum (diayak)
100g tepung jagung (diayak)
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
Chocolate rice/manik untuk hiasan

Cara-cara
  1. Pukul kembang butter dan gula
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
  3. Masukkan tepung dan gaul rata
  4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup
  5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit)
  6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Senang je kan kan? Kalau korang teringin nak buat. Gunalah resepi tu,sebab mudah sangat nak buat! Hanya nak berkongsi dengan korang ;p Macam mana rupa biskut sarang semut ni? Haaa! tengok gambar bawah tu.Kenapa dipanggil sarang semut? Mungkin sebab rupa adunan yang diparut selepas dibakar nampak macam sarang semut kot.Haha ;p

Dscn0049
Sumber : Internet
Jangan tengok lama-lama! 


2 comments

Monday, August 06, 2012 1:04:00 PM Delete! [Reply Comment]

owh sarang semut, sgt-sgt suka kuih raya ni.. jumpa hanya setahun sekali, tak ramai org buat pun.. tp sgt sedap bila makan.. nk buat sendiri, ermm tak tau mampu ke idak ;)

Monday, August 06, 2012 1:15:00 PM Delete! [Reply Comment]

sedapppp !! suka sangat sarang semut !! feveret time raya > bukan nya jumpa selalu.. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...