25.4.12

Segmen : Pemberian Menarik Hari Ibu

Author : Nabila Medan Time : 4/25/2012 08:15:00 PM Total Comment : 2 Label :

Contest Paling Terbaik Bulan Ini!
- Segment Free Lomo -
 - Contest Aquapix Lomo by Mira Hussin -
- Contest Hebat Ninie -



    Assalamualaikum.Hari ni nabila nak sertai satu segmen tanda sokongan untuk blogger ini dan secara langsung ingin berkongsi sedikit mengenai hari yang paling istimewa bagi para ibu. Ibu, orang yang paling bermakna dalam hidup seorang anak.Tanpa ibu , mungkin kita tidak dapat berada disini.Tanpa ibu , mungkin kita tiada hala tuju.Tanpa ibu , kita tidak mungkin merasai kasih sayang dan detik manis bersama ibu.Ibu , engkau adalah insan paling istimewa dalam hidup ini.Ibu , dirimu telah ku tempatkan didalam hatiku sebagai ratu hidupku.Ibu , jasamu sangat besar dan tidak mungkin anakmu ini dapat membalas segala.

    Tiada hadiah yang paling berharga melainkan kebahagiaan dan kasih sayang.Sebanyak mana hadiah yang kita beri , ianya tidak mungkin dapat membalas segala jasa yang telah diberikan kepada kita.Namun kita sebagai seorang insan yang bergelar "anak" , kita perlu menghargai ibu kita.Fikirkan lah , tanpa ibu siapalah kita.Sebuah hadiah yang bernama "kebahagiaan" tidak boleh dibeli dan ia tidak mungkin boleh hadir dalam sekelip mata.8 Mei 2012 adalah hari untuk kita sebagai anak menghargai jasa ibu masing-masing.Bukan hadiah yang mahal yang dicari , tapi sebuah hari yang indah yang dinanti.

    Tidak salah jika kita ingin memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan buat ibu kita.Cadangan nabila ialah jadikanlah tarikh 8 Mei 2012 itu indah dan hari yang paling istimewa untuk ibu kita mungkin sudah cukup bagi nabila yang bergelar "anak".Al-maklumlah nabila ni still sekolah dan kurang pendapatan.hehe.Tapi nabila sedang bertungkus-lumus untuk membeli "satu barang" yang mak nabila idam dan inginkan.Harap tertunai!.Mungkin kalau korang nak shopping hadiah untuk ibu korang.nabila cadangkan korang terjah Thaiyibah.com yang menjual telekung yang cantik dan selesa.BubblyCravers yang menjual aneka coklat buatan tangan dengan pelbagai warna dan corak yang menarik.Lagi satu dekat Pretty Cupcakes banyak coklat , cupcakes yang sedap lagi menarik.Actually banyak lagi link tapi tengok ayat dah berjela-jela.takut pulak takada yang baca.hehe.

2 comments

Wednesday, April 25, 2012 8:49:00 PM Delete! [Reply Comment]

goodluck! ;)

Wednesday, April 25, 2012 10:38:00 PM Delete! [Reply Comment]

...Thanks Nabila... Nabila mesti anak yang baik kan??? beruntung emak dapat anak mcm Nabila... =) Semoga hajat Nabila nak bagi mak hadiah tu tercapai yerr... Tak lama lagi tu... (^_^) Thanks Nabila sebab sudi berkongsi... =)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...