30.4.12

Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar

Author : Nabila Medan Time : 4/30/2012 06:15:00 PM Total Comment : 4 Label :





Contest Paling Terbaik Bulan Ini!
- Segment Free Lomo -
- Contest Aquapix Lomo by Mira Hussin -
- Contest Hebat Ninie -


Syarat-syarat : http://kamilkata.blogspot.com/contest-aku-sebuah-blog.html
Hadiah : http://kamilkata.blogspot.com/senarai-peserta-senarai.html
Tamat : 30 April 2012 Jam 10 Malam

Soalan Subjektif A : Tulis karangan “aku sebuah blog” tidak melebihi 350 patah perkataan…
Jawapan Soalan Subjektif A :-

"Karangan Autobigrafi"
Tajuk : "Aku Sebuah Blog"
Cikgu Pemeriksa : En.Kamil
    Setiap yang lahir pastinya ada tarikh istimewa dalam hidup mereka.Bagi diri aku , tarikh 15 Januari 2011 adalah tarikh yang menunjukkan bahawasa nya aku telah tubuhkan dan dilahirkan sebagai "sebuah blog".Pada mulanya , hidup aku sepi dan tidak disentuh oleh pembuat/pencipta aku.Memang perasaan marah , geram , kecil hati dan juga sedih melanda hati aku , apabila ditinggalkan keseorangan.

   Tetapi , hari demi hari berganti.Hidup aku makin cerah dan gembira.Sedih yang melanda kian berkurangan tatkala diri aku tidak melayan perasaan sendirian.Pencipta aku mulai menggunakan aku dengan sekerap yang mungkin.Meluahkan segala isi yang terpendam , itulah yang aku mahukan.Aku "sebuah blog" bersedia untuk berbakti mendengar dan berkongsi segala perasaan yang tuan aku rasakan.

     Diri aku sebagai "sebuah blog" kian gembira pabila diriku dihias cantik setiap masa oleh tuan aku.Setiap minggu dia pasti akan merubah sedikit sebanyak supaya aku sentiasa kelihatan ceria dimata orang lain.Dengan kegigihan dan kesungguhan yang tuan aku berikan terhadap aku , diri aku semakin maju.Pelbagai kisah , cerita dan konsep yang berlainan yang cuba diketengahkan oleh tuan aku supaya aku lebih dilihat sebagai "sebuah blog" yang mampu untuk maju dalam bidang ini.

  Aku dapat rasakan yang aku ini sungguh beruntung kerana dimiliki oleh seorang pembuat yang bertanggungjawab.Tidak membiarkan aku sendirian lagi.Setiap hari dia pasti akan jenguk aku walaupun seminit mahupun sesaat.Namun , itu semua telah memadai bagi ku.Diri aku sebagai "sebuah blog" sudah seperti kawan dengan tuan aku.Kami ibarat "sebuah komputer dengan papan kekunci dan tetikus" jika tiada papan kekunci dan tetikus bagaimana komputer ingin berfungsi seperti biasa...Begitu lah "sebuah blog" dengan tuan/owner dia , jika tiada yang menguruskan sesebuah blog bagaimana blog itu mampu jadi seperti blog-blog yang lainkan?..Sekian.

(281 Patah Perkataan)  

Markah :       /90

Soalan Subjektif B : Jawab soalan ini dgn jujur: “Apakah impian anda sebagai seorang blogger?”
Jawapan Soalan Subjektif B :-
"Harap dapat memuaskan hati orang yang membaca dan menyinggah blog nabila.Kita memang takboleh puaskan hati semua pihak , tapi nabila cuba yang terbaik untuk terus maju dan tidak akan menyerah kalah.Moga blog ni dapat diterima dalam bidang ni"
Markah :       /10
Total :        /100
p/s : lawak pulak bila baca karangan tu balik.haha ;p

4 comments

Monday, April 30, 2012 7:00:00 PM Delete! [Reply Comment]

Salam, saya cuma nak bagitahu yang anda di TAG oleh saya ^_^


http://mydreamzworlds.blogspot.com/2012/04/blog-alyzafisolcom-giveaway.html

Monday, April 30, 2012 8:27:00 PM Delete! [Reply Comment]

thx sbb join nabila...impian bagus... :)

Monday, April 30, 2012 8:34:00 PM Delete! [Reply Comment]

All the best nabila :)

Monday, April 30, 2012 8:40:00 PM Delete! [Reply Comment]

Wah,seriously akak punya karangan memang mantap

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...