14.10.11

Gadis Hilang Dipercayai Ikut Rakan Facebook

Author : Nabila Medan Time : 10/14/2011 12:37:00 PM Total Comment : 0 Label :

Assalammualaikum ~


Tadi aku g kat myMetro online , hajat nak tau berita terkini..Al-maklum la , kat rumah aku ni mana ada yang beli surat khabar..So,kalau nak harapkan orang laen..lebih baek aku carik sendiri secara online..godek mengodek kat google , jumpe jugak myMetro.aku pun g la tengok berita yang ngah hangat untuk hari ni..
then terbace satu tajuk "Anak Hilang Tinggalkan Basikal".dengar macam pelik jerk , aku terus bace artikel tu..


KANGAR: Hanya penemuan basikal menjadi petunjuk buat seorang bapa apabila anak perempuan kesayangannya didapati hilang ketika berbasikal ke sekolahnya di Bintong, dekat sini, kelmarin.Lebih mengejutkan apabila basikal milik anak sulung daripada lima beradik, Nurul Nursyawaltie Mohd Sabri, 14, ditemui di sebuah taman perumahan berhampiran kira-kira jam 3 petang.
Mohd Sabri Samat, 35, dari Taman Bukit Kayangan, dekat sini, berkata sebaik menerima maklumat itu, dia menunggu anaknya di kawasan berkenaan kerana bimbang tetapi gadis berkenaan tetap tidak muncul sehingga lewat petang.
Menurutnya, dia kemudian berasa tidak sedap hati dan percaya anak perempuannya mungkin berada di luar Perlis berdasarkan wang tunai RM30 dalam dompetnya juga disedari hilang pada pagi sebelum kehilangan Nurul Nursyawaltie. Katanya, anaknya itu memang gemar melayari laman sosial seperti facebook dan mempunyai ramai kawan.
“Sebelum ini, saya tinggal di Pulau Pinang dan mengesyaki dia pergi ke sana ataupun dijemput salah seorang rakan facebooknya untuk ke sana.
“Tetapi saya berasakan wang RM30 itu memang tidak mencukupi pergi dan tinggal di sana sehingga hari ini (semalam),” katanya.
Menurutnya, dia juga sudah mengedarkan gambar anaknya di sekitar kawasan sekolah termasuk kepada rakan-rakannya melalui telefon bimbit sebagai langkah untuk mengesan anaknya.
Katanya, dia turut membuat laporan mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Kangar, kira-kira jam 1 pagi semalam.

ape la nak jadi ngan budak2 zaman sekarang , mudah sangat percaya ngan teknologi sekarang..then tgok , last2 sape yang susah?? makbapak jugak yang susah..pikir2 la dulu sebelum buat keputusan tu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...