28.10.11

Berita : Kanak2 Maut DiHempap Pokok Kelapa

Author : Nabila Medan Time : 10/28/2011 02:42:00 PM Total Comment : 5 Label :


Selamat Petang semua nye~
aku taktau la sama ada korang dah bace berita ni belum.
Yg dah bace tu , bagus la ^^
Yang belum bace berita ni kat surat khabar , meh bace kat page ni :D



Kejadian yang memilukan , apabila seorang kanak-kanak maut dihempap pokok kelapa di depan rumah nye di Kampung Bukit Lada , selasa lalu.


JERANTUT: “Tiada siapa menjangka pokok kelapa itu akan tumbang kerana ketika itu cuaca elok. Lebih memilukan, kejadian disaksikan ramai ahli keluarga,” kata Azman Zainuddin, 41, bapa Nurshuhada yang maut dihempap pokok kelapa di depan rumahnya di Kampung Bukit Lada, di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Selasa lalu, kanak-kanak perempuan yang berusia empat tahun itu disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut (HJ) di sini.

“Sehari sebelum kejadian anak saya begitu ceria dan banyak bercakap sambil menunggang basikal dalam rumah. Walaupun masih kecil, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan mahu menjaga saya bila tua nanti,” kata Azman mengimbas kenangan terakhir bersama anaknya.

Azman berkata, ketika kejadian Nurshuhada bermain di halaman kira-kira dua meter dari tangga depan rumah apabila sebatang pokok kelapa setinggi 15 meter tiba-tiba tumbang dan menghempapnya, dipercayai kerana akar pokok itu reput.



Berita tersebut aku dapati di laman myMetro




5 comments

Friday, October 28, 2011 3:29:00 PM Delete! [Reply Comment]

Sudah ajal kanak-kanak itu. Pokok kelapa hanyalah sebab.

Apa kuasa kita hendak lari dari qada' dan qadar-Nya?

Salam kenal! =D

Friday, October 28, 2011 4:18:00 PM Delete! [Reply Comment]

Kesiannye budak tu =(

Friday, October 28, 2011 6:32:00 PM Delete! [Reply Comment]

kesiannya kanak-kanak tu.. sudah sampai saat nya.... takziah kepada keluarga kanak-kanak tersebut

Saturday, October 29, 2011 11:33:00 AM Delete! [Reply Comment]

Sedih ktika academ, dahlah dngar lagu ni:(
Al-Fatihah

Monday, November 21, 2011 3:14:00 PM Delete! [Reply Comment]

nice share information

Thanks

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...