18.9.11

Lelaki atau Perempuan Kuat Merajuk ?

Author : Nabila Medan Time : 9/18/2011 02:45:00 PM Total Comment : 1 Label :

Greeting Text



Pendapat aku la ye ..
i think , mybe lelaki yang lebih kuat merajuk , and yang jadi mangsa memujuk ialah Perempuan..
ape la naseb perempuan , kalau sehari tu mesti kena pujuk bf dia..
penat la kalau setiap hari macam tu.


Aku nak kongsi Tips untuk memujuk Lelaki yang sedang merajuk
[tips ni aku copy jew]

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian : Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan : Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya : Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda : Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

kredit http://www.tentangcinta.com/




p/s : bf / gf sekalian semua , antara korang..mane yang paling kuat merajuk ?




1 comment

Sunday, September 18, 2011 3:37:00 PM Delete! [Reply Comment]

hahhaha... biar je sang lelaki pujuk diri dia sendiri..:)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...