12.9.11

CAJ 6% UTK PENGGUNA PREPAID DITANGGUHKAN

Author : Nabila Medan Time : 9/12/2011 09:30:00 PM Total Comment : 4 Label :

Assalammualaikum.
tadi mak cakap yang pasal "CAJ CUKAI UNTUK TAMBAHAN NILAI PREPAID" DITANGGUHKAN !
berita ni baru lah happy dan sedap dengar , tapi nape tangguh..? nape tak dibatalkan jew ?
haha.

"Ditangguhkan.
Itu keputusan dicapai hasil pertemuan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dengan 4 syarikat telekomunikasi berhubung cadangan cukai perkhidmatan talian prabayar dan pek permulaan kad SIM yang dibantah banyak pihak.Siang tadi, Datuk Seri Dr. Rais mengadakan pertemuan dengan 4 wakil syarikat telekomunikasi di Angkasapuri.Ia susulan bantahan pelbagai pihak selepas syarikat telekomunikasi bercadang mengenakan caj perkhidmatan talian prabayar dan pek permulaan kad SIM bermula 15 September ini.Pertemuan berlangsung hampir 2 jam yang kemudian mencapai kata putus menangguhkan cadangan itu.Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan: “Kami telah berbincang dan suasanaya cukup baik. Mereka menerima pandangan kerajaan dan juga sentimen yang dilahirkan oleh Perdana Menteri dan nasihat kami dari kementerian.”Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut meminta syarikat telekomunikasi mengkaji semula keputusan mengenakan caj talian prabayar itu.Selain membebankan rakyat, syarikat telekomunikasi juga didakwa sudah mencatat pulangan besar hasil perkhidmatan itu.Sehingga kini, terdapat 26 juta pelanggan menggunakan perkhidmatan telefon bimbit.

kredit syaisya.com 



aku tak tengok pun berita , tapi konon poyo jew..haha
tak pe , berkongsi maklumat kan ?
tak gitu..?
tak pe la..korang heboh2 kan ler berita gumbira ni kat satu kampong !~


p/s : harap2 lepas ni dibatalkan..haha



4 comments

Monday, September 12, 2011 9:36:00 PM Delete! [Reply Comment]

elehh , nak topup pun nak bya cukai , tau lahh sape tah nama nya guna bil

Monday, September 12, 2011 10:08:00 PM Delete! [Reply Comment]

HAHAHA, yeay !

Tuesday, September 13, 2011 2:00:00 PM Delete! [Reply Comment]

haha..memang lega bila tau pasal nih..
selamat lagi la duit azie..hehe

Tuesday, September 13, 2011 3:11:00 PM Delete! [Reply Comment]

tp lom apa2 lg ada yg da start amik kesempatan

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...