13.9.11

Anak pelakon Safura Yaacob meninggal dunia

Author : Nabila Medan Time : 9/13/2011 04:57:00 PM Total Comment : 0 Label :

Greeting Text

nabila nak ucapkan Takziah buat keluarga Safura Yaacob atas kehilangan seorang bidadari dalam keluarga tersebut dan ape yang nabila boleh katakan , kuatkan lah semangat untuk meneruskan hidup ini .

Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu. Nur Aisyah Mariam adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon. 
Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba. 

“Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan.
“Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.
“Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan.
“Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana,” katanya yang tidak mampu memberi kenyataan lanjut kerana tidak mampu menahan perasaan sebak.

sumber  cthoney.blogspot.com/



p/s : mari lah kita sama-sama sedekah kan Al-Fatihah buat nye..AL-FATIHAH ..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...