18.9.11

Anak Aida (Gadis Melayu) Selamat Dibedah di IJN..

Author : Nabila Medan Time : 9/18/2011 08:55:00 PM Total Comment : 0 Label :

Greeting Text



sebelum ni anak pasangan selebriti 
Aida (gadis melayu) dan penyampai berita TV3, Saiful Nizam
menghidapi penyakit Truncus Arteriosus Type 1.
jadi anaknya, Aida Eirdeena, 2 bulan terpaksa menjalani pembedahan di IJN..
pada 14 september lalu, Eirdeena selamat menjalani pembedahan tu dan dilaporkan stabil..
alhamdulillah..
jom kita baca apa kata Saiful tentang anaknya..




"Anak saya menghidapi penyakit jantung kongenital apabila saluran darah utama dari jantung ke badan dan paru-paru bercantum dan terdapat lubang pada dinding antara dua-dua bilik pengepam jantung.
Kini dia sudah stabil dan masih dirawat di IJN selepas dibedah pada 14 September lalu. Saya rasa seperti suatu keajaiban apabila anak saya tidak mengalami masalah teruk setelah dibedah.
Eirdeena mengalami masalah denyutan jantung yang laju sejak dilahirkan. Bagaimanapun kami reda dengan qada dan qadar Tuhan.
Walaupun kadangkala kami bersedih tetapi kami kena kuat menghadapi perkara ini agar dapat memberikan semangat kepada anak kami."





Alhamdulillah..pembedahan berjalan lancar..
mungkin ini semua dugaan untuk pasangan ni..
moga mereka tabah menghadapinya..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...